Inovasi perubatan melalui terapi al-Quran terhadap kanak-kanak autisme

Nurhayati Syazwani Zulkafli, and Latifah Abdul Majid, and Hamdi Ishak, (2018) Inovasi perubatan melalui terapi al-Quran terhadap kanak-kanak autisme. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (2). pp. 40-45. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
367kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Autisme adalah individu yang tergolong dalam neuro-developmental disorder iaitu mengalami kecacatan yang berkait dengan sistem saraf dan otak. Keadaan ini juga menyebabkan mereka sering berada dalam dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kanak-kanak yang menghidap simptom ini mempunyai masalah dalam tingkah laku, emosi dan pertuturan. Terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan bagi membantu kanak-kanak autisme termasuklah terapi al-Quran. Terapi al-Quran ialah kaedah yang menggunakan bunyi berbentuk ayat-ayat al-Quran dalam merawat dan menangani sesuatu masalah kesihatan. Terapi al-Quran telah terbukti dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tekanan perasaan dan strok. Terapi ini juga boleh digunakan dalam merawat kanak-kanak autisme kerana dengan mendengar bacaan ayat al-Quran sahaja dapat memberi kebaikan kepada seseorang walaupun bacaan tersebut tidak difahami. Artikel ini bertujuan mengkaji kesan terapi al-Quran terhadap kanak-kanak autisme. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan literatur di mana kajian-kajian terdahulu yang berkaitan autisme dan terapi al-Quran telah diteliti dan dibuat tinjauan. Data-data yang dikumpulkan dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif untuk menghuraikan serta memberi penerangan yang sistematik mengenai sesuatu fakta. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Quran mengutarakan pelbagai inovasi dalam perubatan yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam.

Item Type:Article
Keywords:Terapi al-Quran; Tingkah laku; Emosi; Pertuturan; Autisme
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15754
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2020 03:00
Last Modified:20 Nov 2020 15:45

Repository Staff Only: item control page