Keperluan penambahbaikan pembelajaran Rasm Uthmani dan dabt al-Quran

Aslam Farah Selamat, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, and Hamdi Ishak, (2018) Keperluan penambahbaikan pembelajaran Rasm Uthmani dan dabt al-Quran. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3 (2). pp. 46-51. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
604kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Penyelidikan ini merupakan kajian tahap kefahaman dabt al-Quran dalam kalangan pelajar semester 6, Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dan Darul Quran (DQ), JAKIM. Mushaf Imla’i adalah salah satu versi al-Quran yang ditulis berdasarkan tulisan Arab standard. Ia juga dikenali sebagai Rasm Imla’i atau Rasm Qiyasi. Struktur rasm al-Quran (ortografi) dan dabt (tanda-tanda yang menentukan sebutan yang betul Al-Quran) dalam Mushaf Imla’i adalah berbeza dari Mushaf Uthmani disebabkan oleh beberapa faktor seperti penambahan huruf (ziyadah), pertukaran huruf (badl) dan sebagainya. Perbezaan beberapa aspek tersebut telah membawa kepada berlakunya kekeliruan dan kesilapan dalam membaca al-Quran. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pelajar dalam penguasaan metode rasm dan dabt di samping memastikan individu dalam bidang al-Quran adalah mahir dalam ilmu ini. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, di mana soal selidik telah diedar kepada sampel-sampel di pusat yang telah dikenal pasti. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Sebagai kesahan instrumen kajian ini, kajian rintis telah dijalankan di, Institut al-Quran Saidina Ali, Melaka. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai keperluan yang perlu dipenuhi bagi meningkatkan kefahaman ilmu ini dalam kalangan pelajar. Diharap pihak di institusi yang berkaitan mengambil cakna keperluan ini dalam meningkatkan penambahbaikan bagi membantu pelajar dalam memahami ilmu ini agar menjadi lebih mantap. Seterusnya, dapat membantu Kerajaan Negeri dan agensi-agensi berkepentingan dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam dalam negara ini tercapai.

Item Type:Article
Keywords:Pelajar; Rasm Uthmani; Dabt; Keperluan; Pembelajaran
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15755
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Nov 2020 03:04
Last Modified:20 Nov 2020 15:46

Repository Staff Only: item control page