Kecekapan filem kanji/minyak kayu manis sebagai pembungkus makanan dengan sifat antimikrob

Ummi Habibah Abdullah, and Ishak Ahmad, and Ainon Hamzah, and Noor Afizah Rosli, (2020) Kecekapan filem kanji/minyak kayu manis sebagai pembungkus makanan dengan sifat antimikrob. Sains Malaysiana, 49 (8). pp. 1935-1945. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
976kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil8_2...

Abstract

Dalam kajian ini, filem kanji/minyak kayu manis telah dihasilkan menggunakan kaedah pengacauan larutan dengan kandungan minyak kayu manis (MKM) berbeza untuk mengkaji kesan MKM terhadap sifat antimikrob filem kanji. Sifat kelutsinaran filem didapati berkurang apabila peratus kandungan MKM meningkat yang telah menghalang penembusan cahaya. Sementara itu, analisis ATR-FTIR mendapati bahawa tiada penyesaran puncak atau pembentukan puncak baharu yang menunjukkan bahawa MKM dan filem kanji tidak terikat secara kimia. Kajian aktiviti antimikrob filem ini terhadap Bacillus cereus dan Aspergillus niger telah mendapati berlakunya peningkatan kecekapan aktiviti antimikrob bagi penambahan minyak kayu manis (MKM) dengan peningkatan diameter zon perencatan. Didapati berlaku perencatan pada kepekatan minimum MKM ditingkatkan bermula 16% dalam filem kanji mencatatkan corak pertumbuhan dalam zon rencatan dengan diameter 24-44.2 mm dengan peningkatan 28.23-37.88% dan 34.12-52%, masing-masing bagi zon perencatan terhadap B. cereus dan A. niger berbanding tiada sebarang zon perencatan untuk filem kanji tanpa penambahan MKM. Pemerhatian morfologi menunjukkan pembentukan liang dan pemisahan fasa yang heterogen antara MKM dan kanji. Tegangan maksimum filem pula menunjukkan pengurangan kekuatan tegangan apabila kepekatan MKM bertambah walaupun tidak ketara pada peningkatan MKM sehingga 24%. Sebaliknya, terikan pada takat putus filem didapati meningkat sebanyak 102-252% selari dengan penambahan MKM yang bertindak sebagai agen pemplastikan. Keseluruhannya, filem kanji/MKM telah berjaya disediakan dan pencirian sifat fizikal dan aktiviti antimikrob bagi filem ini menunjukkan potensinya dalam penggunaan pembungkusan makanan.

Item Type:Article
Keywords:Ciri fizikal; Kanji; Minyak kayu manis; Sifat antimikrob
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:15786
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2020 03:58
Last Modified:22 Nov 2020 15:24

Repository Staff Only: item control page