Analisis tindak balas berantai polimerase (PCR) simpleks dan multipleks ke atas produk surimi terawat terma bagi pengesanan DNA lembu dan babi

Safiyyah Shahimi, and Nur Syafiqa Ahmad Ghazali, and Aishah Elias, and Nurul Aqilah Mohd Zaini, and Sahilah Abd. Mutalib, (2020) Analisis tindak balas berantai polimerase (PCR) simpleks dan multipleks ke atas produk surimi terawat terma bagi pengesanan DNA lembu dan babi. Sains Malaysiana, 49 (8). pp. 1959-1967. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
462kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil8_2...

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengesan DNA babi dan lembu daripada gelatin yang ditambah ke dalam surimi dengan menggunakan teknik tindak balas berantai polimerase (PCR) khusus-spesies simpleks dan multipleks. Bebola ikan berasaskan surimi telah dihasilkan dengan penambahan 5% (w/w) gelatin lembu dan 5% (w/w) gelatin babi serta dimasak menggunakan kaedah rebusan, pemanggangan, penggorengan dan autoklaf. Sebanyak tiga primer digunakan dalam analisis PCR iaitu sitokrom oksidase II (COII) untuk penentuan DNA lembu; dan dua primer untuk menentukan DNA babi, DNA mitokondria tRNA-ATP8 dan Elemen Nuklear Berselang Pendek (SINE). Analisis PCR simpleks menggunakan tiga primer khusus-spesies berjaya mengesan DNA lembu dan babi dalam kesemua sampel dengan penghasilan amplikon 165 bp (COII), 212 bp (RNA-ATP8) dan 161 bp (SINE). Pengoptimuman PCR multipleks dengan menggunakan primer tRNA-ATP8 dan SINE telah dilakukan dengan menggunakan program kitar; penyahaslian awal pada 95 °C selama dua min, diikuti 30 kitaran penyahaslian pada 94 °C selama 1 min, penyepuhan pada 55 °C selama 1 min, pemanjangan pada 72 °C selama dua min dan pemanjangan akhir pada 72 °C selama sepuluh min telah berjaya mengamplifikasi dua gen sasaran bagi pengesanan DNA babi. Faktor seperti suhu (121 °C) dan tekanan (15 psi) terhadap rawatan terma didapati memberikan kesan kepada kualiti DNA di dalam sampel yang diautoklaf dan ini ditunjukkan dengan penghasilan amplikon yang pudar pada gel agarose. Oleh itu, kajian analisis PCR multipleks menggunakan primer babi khusus-spesies adalah kaedah mudah dan cepat untuk menentukan kehadiran DNA babi yang terkandung di dalam produk makanan terproses seperti surimi.

Item Type:Article
Keywords:DNA babi; Gelatin babi; Khusus-spesies; PCR multipleks; Surimi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:15789
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Nov 2020 04:28
Last Modified:22 Nov 2020 15:27

Repository Staff Only: item control page