Dimensi iklim keselamatan rakan sekerja bagi sistem pengangkutan rel bandar

Kadir Arifin, and Norfadillah Derahim, (2020) Dimensi iklim keselamatan rakan sekerja bagi sistem pengangkutan rel bandar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (2). pp. 53-65. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
952kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273

Abstract

Rakan sekerja berperanan penting dalam meningkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan seseorang pekerja bagi sesebuah organisasi disebabkan rakan sekerja adalah figura paling hampir di tempat kerja. Justeru, kajian bertujuan menganalisis tahap penilaian iklim keselamatan pekerja terhadap dimensi rakan sekerja dalam organisasi sistem pengangkutan rel bandar. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik. Responden kajian terdiri daripada seramai 441 orang pekerja bahagian operasi dan bahagian penyelenggaraan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penilaian iklim keselamatan rakan sekerja adalah di tahap sederhana, melalui tiga subdimensi utama iaitu kompetensi, nilai keselamatan dan sokongan keselamatan. Dapatan kajian ini, merupakan cabaran utama pihak organisasi di mana rakan sekerja sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada individu pekerja. Hasil kajian penting dijadikan panduan kepada organisasi dalam meningkatkan lagi fungsi rakan sekerja, terutamanya bagi meningkatkan prestasi keselamatan rakan sekerja yang lain. Inisiatif sesebuah organisasi dalam memantapkan keupayaan rakan sekerja bukan sahaja berfaedah kepada rakan sekerja yang lain malahan mampu menjadikan kesemua pekerja mematuhi setiap arahan organisasi dan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.

Item Type:Article
Keywords:Iklim keselamatan; Iklim keselamatan rakan sekerja; Kompetensi; Nilai keselamatan; Sokongan keselamatan; Sistem pengangkutan rel bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15815
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Nov 2020 03:25
Last Modified:22 Nov 2020 16:34

Repository Staff Only: item control page