Keberkesanan program kesedaran bencana tsunami: kajian kes di Kota Kuala Muda, Kedah

Nur Syuhada Mustakim, and Habibah Lateh, and Mohamed Zahari Razali, (2020) Keberkesanan program kesedaran bencana tsunami: kajian kes di Kota Kuala Muda, Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (2). pp. 66-79. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
550kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273

Abstract

Sejarah tsunami yang melanda Kuala Muda, Kedah pada 2004 telah memberikan impak negatif kepada penduduk setempat antaranya kematian, kehilangan harta benda serta trauma. Jumlah kematian akibat tsunami yang direkodkan pada tahun tersebut adalah seramai 17 orang dan 32 orang lagi mengalami kecederaan. Selepas peristiwa tersebut, didapati tiada garis panduan dan pelan evakuasi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebagai panduan dan kaedah untuk penduduk setempat bagi menyelamatkan diri sekiranya berlaku bencana. Justeru, inisiatif pelaksanaan latihan simulasi ini adalah sebagai langkah kesiapsiagaan penduduk setempat untuk menghadapi bencana tsunami. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian turut serta dan borang soal selidik dengan mengaplikasikan tahap 1 (reaksi) dan tahap 2 (pembelajaran) daripada Model Penilaian Kirkpatrick. Seramai 723 orang responden terdiri daripada 62 orang guru dan 661 orang pelajar SMK Kota Kuala Muda yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa bagi reaksi, nilai skor min tertinggi merujuk kepada item penggunaan media/LCD. Bagi pembelajaran pula, item pengetahuan mencatatkan nilai skor min tertinggi berbanding item kemahiran dan sikap. Hasil ujian korelasi dalam melihat hubung kait antara reaksi dan pembelajaran menunjukkan hubungan yang sederhana dan signifikan. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan daya tahan penduduk setempat untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang akan berlaku di kawasan ini.

Item Type:Article
Keywords:Bencana alam; Latihan simulasi; Model Penilaian Kirkpatrick; Reaksi; Pembelajaran; Program kesedaran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15816
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Nov 2020 03:31
Last Modified:22 Nov 2020 16:36

Repository Staff Only: item control page