Penilaian kebolehupayaan pejalan kaki di Tapak Warisan Dunia UNESCO: kajian kes di George Town, Pulau Pinang

Mohd Sahrul Syukri Yahya, and Narimah Samat, (2020) Penilaian kebolehupayaan pejalan kaki di Tapak Warisan Dunia UNESCO: kajian kes di George Town, Pulau Pinang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (2). pp. 80-94. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273

Abstract

Kebolehupayaan pejalan kaki merupakan salah satu elemen kelestarian yang dapat memberikan pelbagai manfaat termasuk kesihatan, ekonomi dan perancangan bandar. Di Malaysia, elemen ini adalah baru dan terhad di kawasan bandar metropolitan yang maju seperti Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Johor Bahru dan Bandaraya George Town. Kini, kebolehupayaan pejalan kaki dijadikan sebagai mod pengangkutan aktif yang lestari. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur dan menilai tahap indeks kebolehupayaan pejalan kaki yang dijalankan di tapak warisan dunia George Town, Pulau Pinang. Antara indikator dan data guna tanah yang digunakan adalah indeks campuran guna tanah (entropi), indeks perhubungan dan indeks nisbah bersih perniagaan (tanah komersial). Indikator ini dianalisis, dinilai dan diintergrasikan dengan aplikasi Sistem Maklumat Geografi untuk penghasilan peta indeks kebolehupayaan pejalan kaki. Bagi mendapatkan penilaian indeks kebolehupayaan pejalan kaki yang jitu, kaedah pengesahan di lapangan dijalankan dengan kaedah temubual di setiap lokasi tertentu. Hasil dapatan kajian ini mendapati kawasan kajian mempunyai skor tahap kebolehupayaan pejalan kaki yang tinggi, memudahkan pengguna ke sesuatu destinasi dan menjadikan aktiviti berjalan kaki sebagai mod pengangkutan yang lestari. Kesimpulannya, kebolehupayaan pejalan kaki yang baik dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan aktiviti pelancongan sedia ada.

Item Type:Article
Keywords:GIS; Indeks; Indikator; Kebolehupayaan pejalan kaki; Pelancongan; Pengangkutan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15817
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Nov 2020 03:36
Last Modified:22 Nov 2020 16:37

Repository Staff Only: item control page