Perancangan dan pengurusan landskap di Klebang, Melaka

Rosniza Aznie Che Rose, and Siti Azah Abdul Ghani, (2020) Perancangan dan pengurusan landskap di Klebang, Melaka. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (2). pp. 95-109. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
696kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273

Abstract

Perancangan dan pengurusan landskap memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian landskap dalam pembangunan sesebuah kawasan rekreasi. Perlaksanaan perancangan landskap yang terancang dapat meningkatkan kualiti kawasan rekreasi dan dalam masa yang sama memastikan keharmonian masyarakat terpelihara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemudahan dan elemen landskap sama ada mencukupi atau tidak. Selain itu, kajian ini juga mengkaji tahap kepuasan masyarakat terhadap perancangan landskap serta memberikan cadangan konsep pembangunan landskap yang sesuai di kawasan kajian. Kawasan kajian yang dipilih ialah Dataran 1Malaysia Klebang, Melaka. Kaedah kajian yang digunakan iaitu temu bual informal, kaedah soal selidik dan pemerhatian di lapangan. Sampel kajian yang diambil ialah seramai 80 orang responden berdasarkan teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perancangan, pembangunan, perlaksanaan dan pengurusan landskap di kawasan kajian berada di tahap sederhana dan perlu diperbaiki untuk mencapai tahap kelestarian yang lebih baik. Beberapa cadangan penambahbaikan seperti penambahan terhadap pokok teduhan dan renek yang mencukupi, pembangunan elemen air, penambahbaikan laluan pejalan kaki, penambahbaikan terhadap perabot taman dan elemen landskap kejur dan elemen landskap lembut di sekitar kawasan kajian. Ini penting untuk memastikan matlamat asal penubuhan kawasan rekreasi sebagai kawasan riadah serta untuk kesejahteraan hidup masyarakat dapat dicapai.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan; Landskap; Pembangunan; Pengurusan persekitaran; Perancangan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15818
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Nov 2020 03:43
Last Modified:22 Nov 2020 16:38

Repository Staff Only: item control page