Pemantau pilihan raya zombie di dalam pilihan raya umum Malaysia

Norazam Mohd Noor, and Muhamad Takiyuddin Ismail, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2020) Pemantau pilihan raya zombie di dalam pilihan raya umum Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (2). pp. 110-123. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
538kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273

Abstract

Konotasi bersih dan adil adalah ideal sesebuah pilihan raya yang demokratik. Ia antara lain, menggarisbawahi sejauh mana legitimasi sesebuah kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Selain dari parti politik, organisasi-organisasi pemantauan pilihan raya memainkan peranan penting dalam memerhati, mengukur dan menilai perjalanan sesebuah pilihan raya. Namun, kajian terhadap organisasi-organisasi ini sangat kurang mendapat tempat. Kebanyakan tulisan ilmiah yang menyentuh organisasi-organisasi ini bersifat kurang terfokus dan hanya melibatkan pemerihalan sampingan, khasnya di dalam korpus ilmu sains politik di Malaysia. Artikel ini, untuk itu, secara amnya diasaskan untuk menganalisis sifat, fungsi dan operasi organisasi-organisasi pemantauan pilihan raya domestik di Malaysia. Manakala, secara khusus, artikel ini cuba membangkitkan kes kewujudan pemantau pilihan raya zombie di dalam Pilihan Raya Umum 2013 dan 2018. Berdasarkan kajian ke atas tiga organisasi pemantauan zombie di dalam kedua-dua pilihan raya itu, artikel ini menghujahkan organisasi pemantauan zombie telah di rekayasa secara kreatif oleh parti pemerintah untuk mengabsahkan pilihan raya, sekali gus memberi legitimasi kepada pemerintah meskipun terdapat pelbagai manipulasi autoritarian di dalam pilihan raya itu. Hal ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi sesebuah negara yang mempunyai sistem politik hibrid yang tinggi, di mana pilihan raya masih perlu dilakukan bagi memperbaharui legitimasi pemerintahan. Kebanyakan hujahan dan analisis di dalam artikel diperoleh melalui temu bual dengan aktor-aktor penting, pemerhatian langsung dan kajian kepustakaan.

Item Type:Article
Keywords:Organisasi pemantauan pilihan raya domestik (DEMOs); Pemantau pilihan raya zombie; Suruhanjaya Pilihan Raya; Pilihan Raya Umum Malaysia 2013; Pilihan Raya Umum Malaysia 2018; Masyarakat sivil
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15819
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Nov 2020 03:52
Last Modified:22 Nov 2020 16:40

Repository Staff Only: item control page