Pengaruh sokongan penyelia dalam perhubungan antara tekanan kerja dan konflik kerja-keluarga

Nur Izzaty Mohamad, and Azman Ismail, and Azmawaty Mohamad Nor, (2020) Pengaruh sokongan penyelia dalam perhubungan antara tekanan kerja dan konflik kerja-keluarga. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (2). pp. 256-269. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
701kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1273

Abstract

Tekanan kerja dapat mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi organisasi. Kajian terbaharu mendedahkan bahawa tahap tekanan kerja mempunyai tiga elemen yang sangat penting, iaitu kesamaran tanggungjawab, pertelingkahan tanggungjawab dan beban tanggungjawab. Tahap tekanan yang tinggi tidak meningkatkan konflik kerja-keluarga apabila kesanggupan penyelia menghulurkan sokongan kepada pekerja dalam organisasi. Sungguhpun perhubungan ini dikaji secara meluas, namun peranan sokongan penyelia sebagai pemboleh ubah penyederhanaan yang efektif kurang dibincangkan secara terperinci dalam literatur penyelidikan tingkah laku organisasi. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai perhubungan antara tekanan kerja, sokongan penyelia dan konflik kerja-keluarga. Borang soal selidik tadbir sendiri telah digunakan untuk mengumpulkan data daripada staf yang berkhidmat di berbagai bahagian dalam sebuah agensi pusat kerajaan persekutuan Malaysia. Keputusan analisis model SmartPLS menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja (tahap kesamaran tanggungjawab, pertelingkahan tanggungjawab dan beban tanggungjawab) yang tinggi tidak berupaya meningkatkan konflik kerja-keluarga apabila penyelia sanggup menghulurkan sokongan yang berkesan dalam melaksanakan operasi kerja harian. Oleh itu, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai perakuan-perakuan penting bagi membantu pihak pengurusan dalam memahami konsep sokongan penyelia yang bersifat multidimensi dan merangka program sokongan pekerja bagi mencapai dan mengekalkan misi dan wawasan organisasi dalam zaman globalisasi dan ekonomi yang sukar diramalkan.

Item Type:Article
Keywords:Konflik kerja-keluarga; Sokongan penyelia; SmartPLS; Tekanan kerja
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15830
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Nov 2020 06:48
Last Modified:22 Nov 2020 17:01

Repository Staff Only: item control page