Tahap kesejahteraan penduduk di pinggiran wilayah metropolitan: kajian kes koridor utara negeri Selangor, Malaysia

Yazid Saleh, and Hanifah Mahat, and Mohmadisa Hashim, and Nasir Nayan, and Samsudin Suhaili, and Saiyidatina Balkhis Norkhaidi, and Irfan Azim Mohd Zanuddin, (2020) Tahap kesejahteraan penduduk di pinggiran wilayah metropolitan: kajian kes koridor utara negeri Selangor, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (3). pp. 121-134. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
381kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306

Abstract

Kesejahteraan hidup adalah keadaan seseorang individu atau kumpulan. Ia boleh diukur dengan menyelidik keadaan sosioekonomi penduduk/kumpulan tersebut. Artikel ini bertujuan mengenalpasti tahap bagi kesejahteraan hidup penduduk di kawasan Koridor Utara Selangor, Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML) Lembah Klang-Langat. Kajian melibatkan 400 orang responden melibatkan ketua isi rumah sahaja yang menetap di sekitar kawasan pinggiran Koridor Utara Selangor bagi WML Lembah Klang-Langat. Pemilihan responden adalah dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan sebagai instrumen kajian. Berdasarkan indeks kesejahteraan hidup, pelbagai angkubah yang telah disenaraikan secara menyeluruh melibatkan kesejahteraan hidup namun dalam kajian ini pengkaji menggunakan empat pemboleh ubah iaitu perumahan, pengangkutan, sosioekonomi dan guna tanah. Pemboleh ubah perumahan terdiri daripada tiga sub pemboleh ubah iaitu pemilihan kawasan, keselamatan dan kemudahan. Manakala pemboleh ubah pengangkutan mempunyai dua sub pemboleh ubah iaitu pengangkutan awam dan perhubungan pengangkutan. Diikuti dengan sub pemboleh ubah sosioekonomi iaitu sosial dan ekonomi. Seterusnya bagi guna tanah, sub pemboleh ubah terdiri daripada jenis aktiviti dan pemilikan harta. Hasil kajian menunjukkan tahap kebolehpercayaan soal selidik boleh diterima dengan nilai alfa Cronbach setiap pemboleh ubah adalah lebih besar daripada 0.8. Tahap bagi pengangkutan dan sosioekonomi berada pada tahap tinggi manakalah perumahan dan guna tanah berada pada tahap sederhana. Dapatan ini membuktikan bahawa tahap sesetengah kesejahteraan masyarakat berada pada tahap tinggi dan sederhana disebabkan perebakan yang berlaku. Ini bermakna manusia akan melakukan pelbagai penyesuaian terhadap persekitaran supaya persekitaran yang wujud selari dengan naluri manusia.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan hidup; Koridor Utara Selangor; Kualiti hidup; Lembah Klang; Lembah Langat; Penduduk; Wilayah Metropolitan Lanjutan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15840
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2020 03:42
Last Modified:22 Nov 2020 17:57

Repository Staff Only: item control page