Pengintegrasian sosial: sejauhmana hubungannya dengan kesihatan diri, keagamaan dan jaminan pekerjaan dalam kalangan orang kena pengawasan

Fauziah Ibrahim, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Ezarina Zakaria, and Mohammad Rahim Kamaluddin, (2020) Pengintegrasian sosial: sejauhmana hubungannya dengan kesihatan diri, keagamaan dan jaminan pekerjaan dalam kalangan orang kena pengawasan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (3). pp. 135-146. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
365kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306

Abstract

Pengenalpastian faktor yang mempunyai hubungan dengan aspek pengintegrasian sosial dalam kalangan bekas penagih yang telah tamat menjalani program rawatan dan pemulihan merupakan aspek penting dalam usaha negara menyediakan formula tentang kejayaan pemulihan. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk (1) mengenalpasti tahap pengintegrasian sosial dalam kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP) dan (2) menganalisis hubungan antara kesihatan diri, jaminan pekerjaan dan keagamaan dengan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 218 bekas penagih dadah yang telah tamat menjalani program pemulihan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan kini sedang menjalani pengawasan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson. Analisis kajian deskriptif menunjukkan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP berada pada tahap yang baik iaitu tinggi (60.1%). Manakala analisis inferensi pula mendapati bahawa faktor kesihatan diri, jaminan pekerjaan dan keagamaan menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan dengan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP. Hasil kajian memberi implikasi positif terhadap usaha penambahbaikan program pengintegrasian sosial yang dijalankan terhadap OKP oleh pihak yang berkepentingan. Penekanan terhadap aspek keagamaan, kesihatan diri dan jaminan pekerjaan perlu diambil kira dalam menentukan kejayaan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP.

Item Type:Article
Keywords:Jaminan pekerjaan; Kesihatan diri; Keagamaan pengintegrasian sosial; Orang kena pengawasan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15841
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2020 03:49
Last Modified:22 Nov 2020 17:58

Repository Staff Only: item control page