Perancangan dan pengujian pemindahan pengguna melalui simulasi tindakbalas kecemasan 3D

Syed Ahmad Fadhli Syed Abdul Rahman, and Khairul Nizam Abdul Maulud, and Sharifah Nurul Ain Syed Mustorpha, (2020) Perancangan dan pengujian pemindahan pengguna melalui simulasi tindakbalas kecemasan 3D. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (3). pp. 147-166. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
627kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306

Abstract

Proses pemindahan pengguna ketika situasi kecemasan amat penting seiring dengan pembangunan struktur bertingkat yang mampan. Proses memindahkan pengguna adalah mencabar kerana melibatkan perkara-perkara luar kawalan seperti tingkahlaku pengguna dan faktor dinamik kemalangan. Kajian ini dilaksanakan bagi merancang dan menguji proses pemindahan pengguna didalam persekitaran 3D. Ia merangkumi tiga fasa iaitu fasa integrasi data, pembangunan dan pengujian topologi dan analisa simulasi. Pengujian kaedah integrasi model 3D BIM kepada 3D GIS dilakukan dengan menggunakan kaedah Revit ke Feature Manipulation Engine (FME) dan seterusnya ke Multipatch Shapefile dipilih sebagai kaedah terbaik kerana memenuhi keperluan analisa kecemasan. Seterusnya, jaringan topologi kekisi dibina dan diuji melalui ujian ketersediaan dan ujian ketepatan. Purata kadar ketersediaan akses dikenalpasti melebihi 12% manakala purata keralatan dikenalpasti sebanyak 3.18%. Pengiraan jarak ke akses keluar dan saiz kekisi 0.38m digunakan sebagai input parameter dalam fasa ketiga. Tiga parameter digunakan iaitu kelajuan, kapasiti pengguna dan pemilihan akses diuji dalam lapan simulasi yang berbeza. Hasil simulasi diperincikan kedalam dua faktor iaitu masa dan ruang kritikal. Faktor masa mengupas kesan kapasiti pengguna dan pemilihan akses terhadap masa. Kesan kapasiti pengguna didapati semakin besar apabila tempoh masa pemindahan pengguna bertambah. Kaedah pembahagian akses dikenalpasti sebagai kaedah terbaik untuk memindahkan pengguna dengan purata 17% lebih pantas berbanding kaedah lain. Faktor ruang kritikal melibatkan pengenalpastian ruang kritikal didalam bangunan melalui peta haba dan teori Level of Service. Pengenalpastian ruang kritikal dikenalpasti berpunca daripada akses yang berkelebaran kurang dari 1.5 meter bagi setiap aras. Pengujian pelebaran akses diuji dan dibuktikan mampu menambahbaik aliran pemindahan pengguna dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:3D; Akses; BIM; GIS; Kecemasan; Topologi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15842
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2020 03:55
Last Modified:22 Nov 2020 17:59

Repository Staff Only: item control page