Adli Hirzan, and Mimi Hanida Abdul Mutalib, (2020) Analisis konflik masyarakat tempatan dalam satu kajian kes perkongsian dengan syarikat di Peranap, Riau, Indonesia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (3). pp. 167-183. ISSN 2180-2491
|
PDF
351kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306
Abstract
Provinsi Riau adalah sebuah provinsi perladangan kelapa sawit yang terbesar di Indonesia dan telah menarik minat para pelabur perladangan. Perihal aktiviti pelaburan dalam sektor perladangan kelapa sawit jika tidak benar-benar diatur dalam undang-udang mampu menimbulkan konflik serta merugikan masyarakat tempatan dan turut memberikan kesan buruk kepada masyarakat adat yang memiliki tanah komunal. Konflik agraria di sektor perladangan pada tahun 2018 adalah yang tertinggi berbanding sektor lainnya dan terjadi pada perladangan kelapa sawit di Provinsi Riau. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk konflik yang telah terjadi di antara masyarakat tempatan dan pelabur perkebunan. Kajian ini dilakukan di Peranap kerana kawasan ini memiliki masyarakat tempatan yang masih mempunyai tanah komunal. Pemilihan informan kajian dilakukan dengan pensampelan bertujuan berasaskan kriteria tertentu iaitu tokoh masyarakat, syarikat dan pemerintah tempatan dengan semuanya berjumlah 14 orang. Jenis kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan kaedah pendekatan kualitatif. Hasil penemuan kajian menunjukkan bahawa konflik terjadi semasa perkongsian antara koperasi dan syarikat, konflik dalam koperasi, konflik pemberian pampasan tidak berbaloi, dan konflik pembangunan perladangan syarikat yang mengambil tanah masyarakat. Hasil daripada analisis tema yang dijalankan, kajian ini menunjukkan ada 3 konflik yang terjadi pada koperasi iaitu pembuatan senarai petani plasma tidak sesuai, penyalahgunaan pembahagian keuntungan daripada syarikat, dan perebutan pengurusan koperasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kes perkongsian; Konflik tanah; Masyarakat tempatan; Perladangan kelapa sawit; Sosiologi pendesaan; Tanah komunal |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 15843 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Nov 2020 04:00 |
Last Modified: | 22 Nov 2020 18:01 |
Repository Staff Only: item control page