Penilaian keberkesanan terowong SMART Kuala Lumpur dalam menghalang banjir kilat

Siti Hasniza Muhammad Arshad, and Asnor Muizan Hj. Ishak, and Nurfashareena Muhamad, and Joy Jacqueline Pereira, (2020) Penilaian keberkesanan terowong SMART Kuala Lumpur dalam menghalang banjir kilat. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (3). pp. 184-200. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
526kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306

Abstract

Tujuan utama pembinaan Terowong SMART adalah untuk mengurangkan kejadian banjir kilat di pusat bandar Kuala Lumpur. Banjir kilat di pusat bandar menyebabkan kerugian ekonomi dan menganggu aktiviti komersial bandar. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan Terowong SMART dalam menangani masalah kejadian banjir kilat. Kekerapan dan taburan banjir kilat di Kuala Lumpur dari 1984 hingga 2017 serta liputan kawasan Terowong SMART dianalisis dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Hasil kajian menunjukkan bahawa selepas Terowong SMART mula berfungsi pada tahun 2007, kejadian banjir kilat menurun, tetapi sejak 2010, kejadian air bertakung telah menjadi berleluasa. Hanya 7 kejadian banjir kilat telah direkodkan sejak pembukaan Terowong SMART tetapi di antara 2010 dan 2017, sebanyak 83 kejadian air bertakung telah dilaporkan. Terowong SMART telah memainkan peranan yang penting untuk menghalang lebih banyak kejadian banjir kilat daripada berlaku di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masalah air bertakung harus ditangani secara holistik melalui perancangan yang berasaskan kepada pendekatan ekologi seperti yang digunapakai dalam pembangunan bandar raya sponge (sponge city development).

Item Type:Article
Keywords:Air bertakung; Banjir kilat; GIS; Kuala Lumpur; Pencegahan bencana; Terowong SMART
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15845
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2020 04:34
Last Modified:22 Nov 2020 18:02

Repository Staff Only: item control page