Nilai simbolik sebagai penunjuk kelestarian modal sosial petempatan tradisional di Kuala Terengganu, Malaysia

Nur 'Adilah Hassan, and Nor Zalina Harun, and Noordeyana Tambi, (2020) Nilai simbolik sebagai penunjuk kelestarian modal sosial petempatan tradisional di Kuala Terengganu, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (3). pp. 201-218. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
556kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306

Abstract

Pemahaman yang mendalam mengenai nilai warisan bagi petempatan tradisional adalah penting untuk membentuk satu gabungan kerjasama dalam menghasilkan sebuah keputusan yang lebih strategik untuk pemeliharaan sesebuah petempatan tradisional. Hal ini kerana, penilaian nilai warisan dapat membantu dalam mengenal pasti dengan lebih mendalam akan nilai-nilai penting yang menyokong kepada peningkatan perpaduan komuniti. Namun demikian, ancaman-ancaman terhadap persekitaran fizikal di petempatan tradisional yang tidak terbendung dilihat bakal menghakis nilai-nilai warisan sekali gus mengancam kelestarian modal sosial yang telah terbentuk sejak sekian lama. Justeru, dengan menggunakan pendekatan gabungan penyelidikan ini menghurai nilai-nilai warisan penting bagi komuniti tempatan yang terlibat secara langsung serta tidak langsung di Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Hasil dapatan menunjukkan komponen nilaian simbolik memperolehi nilai purata kumulatif yang tertinggi manakala nilaian ekonomi merekodkan nilai purata kumulatif paling rendah berbanding tiga nilai lain yang tersenarai. Nilai simbolik dalam kajian ini menyorot tentang kepentingan cara hidup dan budaya yang terbentuk setiap hari serta mengikut musim telah membentuk sebuah komuniti yang memiliki identiti dan jati diri yang tinggi. Penyelidikan ini turut menyimpulkan bahawa nilai warisan dapat berfungsi sebagai kerangka dalam pelan pemeliharaan petempatan tradisional sekali gus memberi kefahaman terhadap kepentingan warisan ketara dalam memastikan perancangan fizikal yang lebih terancang di masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Modal sosial; Nilai warisan; Nilai simbolik; Perpaduan komuniti; Petempatan tradisional; Pemeliharaan warisan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15846
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2020 04:39
Last Modified:22 Nov 2020 18:03

Repository Staff Only: item control page