Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran Geografi

Hanifah Mahat, and Satryani Arshad, and Yazid Saleh, and Kadaruddin Aiyub, and Mohmadisa Hashim, and Nasir Nayan, (2020) Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran Geografi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (3). pp. 219-234. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306

Abstract

Kaedah pengajaran tradisional sepenuhnya dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran Geografi akan menyukarkan kefahaman dan seterusnya memberi kesan terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Atas asas permasalahan ini, kajian ini bertujuan meneliti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) multimedia dalam pembelajaran Geografi Tingkatan Enam di Malaysia. Penelitian melibatkan tiga pemboleh ubah kajian iaitu penggunaan elemen BBM multimedia, penerimaan pelajar terhadap reka bentuk BBM multimedia, dan keberkesanan penggunaan BBM multimedia. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Pemilihan responden menggunakan teknik pensampelan rawak mudah yang melibatkan seramai 500 orang pelajar Tingkatan Enam yang mengambil subjek Geografi di beberapa buah sekolah yang terpilih di Malaysia. Analisis korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini bagi meneliti hubungan antara pemboleh ubah manakala analisis regresi berganda dijalankan bagi menjelaskan pengaruh antara pemboleh ubah dalam kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap yang sederhana bagi penggunaan elemen BBM multimedia, tahap tinggi bagi penerimaan pelajar terhadap reka bentuk BBM multimedia dan tahap tinggi terhadap keberkesanan penggunaan BBM multimedia. Dapatan analisis korelasi Pearson pula menunjukkan, terdapat hubungan positif yang signifikan antara keberkesanan penggunaan BBM multimedia terhadap penggunaan elemen BBM multimedia, dan penerimaan pelajar terhadap reka bentuk BBM multimedia. Selain itu, hasil analisis regresi berganda menunjukkan penerimaan elemen BBM multimedia dan penggunaan BBM multimedia memberi pengaruh terhadap keberkesanan penggunaan BBM multimedia. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan pembelajaran geografi terhadap pelajar dipengaruhi oleh penggunaan elemen BBM multimedia dan reka bentuk BBM multimedia yang menarik dan berkesan. Implikasi kajian ini secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai panduan dan hala tuju kepada guru dalam merancang perubahan teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran Geografi yang lebih mudah, menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat memberi kesan terhadap peningkatan pencapaian maksimum akademik dan sikap pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Elemen BBM multimedia; Keberkesanan penggunaan BBM Multimedia; Reka bentuk BBM multimedia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15847
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2020 04:44
Last Modified:22 Nov 2020 18:05

Repository Staff Only: item control page