Pelaksanaan amalan pertanian baik (GAP) dalam kalangan pesawah padi di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor

Nurul Izzati Mohd Ali, and Nur Illyani Ibrahim, and Kadaruddin Aiyub, and Saraswathy Kasavan, (2020) Pelaksanaan amalan pertanian baik (GAP) dalam kalangan pesawah padi di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 16 (3). pp. 247-262. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
396kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1306

Abstract

Senario industri pertanian di seluruh dunia kini sedang beralih daripada pertanian konvensional kepada pertanian lestari. Amalan pertanian baik (GAP) telah diperkenalkan sebagai panduan dalam melaksanakan pertanian lestari yang mengambil kira kepentingan ekonomi, alam sekitar dan sosial dalam menghasilkan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan. Kajian ini dijalankan di Sekinchan iaitu sebuah kawasan penanaman padi paling maju di negeri Selangor dengan keluasan keseluruhan 1857 hektar sawah padi. Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Malaysian Good Agriculture Practice (MyGAP) di antara pesawah yang mempunyai pensijilan MyGAP dan tidak mempunyai MyGAP. Pada peringkat pertama, amalan pertanian baik telah dikenalpasti daripada analisis dokumen berdasarkan standard GAP di Malaysia. Pada peringkat kedua, mengisi senarai semak berdasarkan data yang diperoleh daripada pemerhatian dan temu bual dengan empat orang pesawah yang mempunyai sijil MyGAP dan empat orang tidak mempunyai sijil MyGAP. Hasil kajian mendapati amalan pertanian yang dilaksanakan oleh pesawah di kawasan kajian adalah pada tahap yang sederhana di mana hanya tiga daripada empat komponen GAP yang dilaksanakan dan melibatkan sembilan daripada 13 elemen GAP sahaja. Sumbangan kajian ini dapat dijadikan input kepada pihak-pihak berkepentingan untuk tujuan penambahbaikan dalam tatacara pengurusan pensijilan MyGAP ke arah mesra alam sekitar disamping memastikan penghasilan makanan yang berkualiti, sihat dan selamat dimakan.

Item Type:Article
Keywords:Elemen MyGAP; Komponen MyGAP; MyGAP; Pengurusan sawah; Pertanian lestari; Pertanian padi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:15849
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Nov 2020 04:53
Last Modified:22 Nov 2020 18:10

Repository Staff Only: item control page