Tafsiran peruntukan kesalahan bersekediaman dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991

Zurul Iman Zakaria, and Zaini Nasohah, (2020) Tafsiran peruntukan kesalahan bersekediaman dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (1). pp. 23-30. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
546kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281

Abstract

Pelaksaanaan penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Undang-undang jenayah Syariah perlu dijalankan secara berhemah, teliti dan berhati-hati agar tidak menimbulkan tohmahan dan fitnah daripada masyarakat serta memastikan pelaksanaanya memberi penekanan kepada prinsip keadilan. Antara isu yang menyebabkan undang-undang jenayah Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan baik ialah perbezaan pengamal undang-undang dalam mentafsirkan peruntukan undang-undang sedia ada. Tafsiran peruntukan kesalahan perlu kerana peruntukan yang dinyatakan adalah bersifat umum, tidak menjelaskan maksud sebenar dan elemen-elemen yang membentuk sesuatu kesalahan. Selain itu, keperluan kepada tafsiran adalah disebabkan latarbelakang yang berbeza dalam kalangan pengamal undang-undang yang terlibat iaitu Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie dan Hakim Syarie. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji tafsiran peruntukan bagi kesalahan bersekediaman yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temubual separa struktur dalam pengumpulan data. Data-data dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian dapat menerangkan secara terperinci maksud-maksud serta elemen-elemen yang terdapat dalam peruntukan kesalahan bersekediaman. Kajian ini dapat membantu pihak berkuasa, pengamal undang-undang dan Mahkamah Syariah dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah.

Item Type:Article
Keywords:Jenayah Syariah; Bersekediaman; Tafsiran
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15853
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Nov 2020 03:24
Last Modified:23 Nov 2020 14:43

Repository Staff Only: item control page