Faktor penyebab penyisihan sosial dalam kalangan masyarakat berdasarkan sorotan karya bersistematik dan keperluan analisis lanjut daripada perspektif Islam

Nik Mohd Azim Nik Ab Malik, and Shahida Shahimi, and Mohd Adib Ismail, and Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, (2020) Faktor penyebab penyisihan sosial dalam kalangan masyarakat berdasarkan sorotan karya bersistematik dan keperluan analisis lanjut daripada perspektif Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (1). pp. 31-38. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
705kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281

Abstract

Penyisihan sosial merujuk kepada penafian akses kepada sistem sosial, termasuk hak dan keistimewaannya yang secara lazim dinikmati oleh setiap individu. Dalam konteks ekonomi, penyisihan sosial berkait rapat dengan masalah kemiskinan, kerentanan dan ketidaksamaan ekonomi. Penyisihan sosial secara berterusan bukan sahaja akan melebarkan lagi kesenjangan ekonomi, malah turut menghalang pembangunan ekonomi yang inklusif dan mapan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang menyebabkan penyisihan sosial dalam masyarakat. Dengan mengetahui penyebab kepada penyisihan sosial ini, maka langkah intervensi yang sesuai dapat dilakukan selanjutnya bagi mengatasi isu ini. Kajian ini menggunakan pendekatan sorotan karya bersistematik secara kualitatif berdasarkan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Kajian lepas utama yang berkaitan diperoleh dan dikenal pasti menggunakan prosedur bersistematik bersumberkan dua (2) pangkalan data jurnal atas talian utama, iaitu Web of Science (WoS) dan Scopus untuk tujuan analisis deskriptif dan bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor utama penyebab kepada penyisihan sosial dalam kalangan masyarakat ialah; keupayaan modal insan, demografi, ekonomi dan faktor lain. Oleh yang demikian, kesemua faktor tersebut perlu diberi perhatian oleh pihak penggubal dasar berkaitan dalam merangka dasar pembangunan sosio-ekonomi yang lebih holistik dan komprehensif demi memperbaiki tahap keterangkuman sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya.

Item Type:Article
Keywords:Punca; Kerentanan; Ketidaksamaan; Keterangkuman sosial; Ulasan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15854
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Nov 2020 03:30
Last Modified:23 Nov 2020 14:47

Repository Staff Only: item control page