Penghasilan vaksin yang mengandungi unsur najis menurut perspektif maqasid syariah

Muhammad Nazir Alias, and Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, and Muhammad Adib Samsudin, and Mohd Sham Kamis, (2020) Penghasilan vaksin yang mengandungi unsur najis menurut perspektif maqasid syariah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (1). pp. 39-47. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
470kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281

Abstract

Penggunaan vaksin pada masa kini telah menjadi popular bagi membendung penyakit yang mempunyai risiko kematian. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan program imunisasi kebangsaan yang mewajibkan kanak-kanak mengambil 12 jenis vaksin sejak dari dilahirkan. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan golongan dewasa untuk mengambil vaksin-vaksin tertentu bagi mengawal penyakit yang berbahaya. Namun begitu, terdapat vaksin-vaksin tertentu yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengandungi najis seperti embrio daripada telur dan sel-sel mamalia. Penghasilan vaksin menggunakan bahan-bahan tersebut adalah kerana tiada bahan lain sebagai alternatif. Isu ini telah menjadi kemusykilan kepada umat Islam untuk menghasilkan vaksin kerana ia mengandungi unsur najis. Tujuan kajian ini dilakukan bagi menentukan pandangan syarak berkaitan isu ini. Kajian ini akan menganalisis secara deduktif prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak yang berkaitan dengan penggunaan najis bagi merawat penyakit. Kajian seterusnya merumuskan kedudukan penghasilan vaksin berasaskan bahan-bahan najis menurut perspektif maqasid syariah. Kajian ini merumuskan bahawa penghasilan vaksin yang mengandungi unsur najis pada masa kini adalah menepati prinsip maqasid syariah dan ia adalah tertakluk kepada syarat yang khusus.

Item Type:Article
Keywords:Vaksin; Penghasilan vaksin; Maqasid syariah; Najis; Hukum syarak
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15855
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Nov 2020 03:37
Last Modified:23 Nov 2020 14:49

Repository Staff Only: item control page