Ibnor Azli Ibrahim, and Mohd Hafiz Safiai, and Salmah Abu Hasan, and Ezad Azraai Jamsari, (2020) Penyatuan zon waktu ASEAN kepada GMT+7 dan kesannya terhadap waktu solat di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (1). pp. 49-56. ISSN 0216-5636
|
PDF
533kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281
Abstract
Zon waktu merupakan sebuah kawasan glob Bumi yang menggunakan waktu masa yang sama dan lebih dikenali sebagai waktu tempatan. Zon waktu di seluruh dunia berbeza mengikut kedudukan longitud negara tersebut dan negara ASEAN menggunakan empat zon waktu, iaitu GMT+6.5, GMT+7, GMT+8 dan GMT+9. Setiap zon waktu ini akan menghasilkan suasana yang berbeza dari aspek sosio ibadah, waktu urusan pejabat dan waktu-waktu lain yang wujud. Sememangnya terdapat banyak cadangan untuk meyeragamkan zon waktu negara ASEAN bagi memudahkan kelangsungan kegiatan ekonomi yang ideal, namun kajian yang teliti seharusnya dijalankan agar keputusan yang diambil mengharmonikan semua pihak. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneliti sejarah perkembangan zon waktu di dunia, terutama negara-negara ASEAN. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk menganalisis zon waktu solat negara ASEAN, khususnya Malaysia sekiranya ditukar kepada GMT+7. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen melalui teks-teks dan bahan yang ditemui. Kajian ini memfokuskan pada zon waktu solat di negeri paling timur dan paling barat Malaysia. Hasil kajian mendapati pertukaran zon waktu Malaysia kepada GMT+7 memberi kesan satu jam lewat dari waktu solat sedia ada. Hal ini sedikit sebanyak akan mengubah kegiatan sosial dan waktu kerja masyarakat di Malaysia. Kajian ini secara tidak langsung juga memberi gambaran awal tentang kesan yang akan berlaku sekiranya zon waktu GMT+7 digunapakai supaya semua negara ASEAN termasuk Malaysia boleh bersedia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Astrofiqh dan kosmofiqh; Astronomi Islam; Zon waktu; Waktu solat; ASEAN |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 15856 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Nov 2020 03:44 |
Last Modified: | 23 Nov 2020 14:52 |
Repository Staff Only: item control page