Afandi Yusoff, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Harun Baharudin, (2020) Amalan kerohanian dan kaitannya dengan kebimbangan bahasa dalam kalangan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (1). pp. 57-63. ISSN 0216-5636
|
PDF
429kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281
Abstract
Kebimbangan bahasa merupakan salah satu perasaan emosi yang berkaitan dengan psikologi manusia. Perasaan ini muncul sebagai tindak balas terhadap sesuatu keadaan atau sesuatu akibat yang tidak diingini berlaku. Biasanya kebimbangan bahasa dialami oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing sehingga boleh mengganggu prestasi pembelajaran bahasa tersebut. Walaupun perasaan bimbang perlu ada di dalam diri setiap individu, namun perasaan ini perlu dikawal agar kewujudannya tidak akan memudaratkan pelajar itu sendiri. Artikel ini adalah ulasan hasil kajian yang bertujuan mengenalpasti tahap amalan spiritual dan tahap kebimbangan bahasa serta kaitannya dengan amalan kerohanian dan kebimbangan bahasa yang berlaku di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik amalan kerohanian dan Foreign Language Classroom Anxiety Scale. Responden kajian terdiri daripada 399 orang pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data dan memperoleh dapatan kajian. Keputusan menunjukkan bahawa tahap amalan kerohanian pelajar adalah tinggi tetapi kebimbangan bahasa berada di tahap sederhana. Selain itu, terdapat hubungan negative yang signifikan antara amalan kerohanian dengan kebimbangan bahasa (r=-0.273; p=0.00). Ini membuktikan bahawa amalan kerohanian mampu membantu dalam menangani masalah kebimbangan bahasa yang dialami pelajar di sekolah dan seterusnya memberi nilai tambah terhadap korpus ilmu pengetahuan semasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Psikologi; Amalan kerohanian; Kebimbangan bahasa; Bahasa asing; Pembelajaran Bahasa Arab |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 15857 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Nov 2020 03:49 |
Last Modified: | 23 Nov 2020 14:58 |
Repository Staff Only: item control page