Kelestarian perakaunan zakat di Malaysia

Nurul Ilyana Muhd Adnan, and Azlin Alisa Ahmad, and Zahri Hamat, and Noor Izzati Ab Rahman, (2020) Kelestarian perakaunan zakat di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (1). pp. 75-84. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
482kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281

Abstract

Kelestarian dalam perakaunan zakat yang sering dibahaskan di Malaysia melibatkan tiga isu. Pertama, kaedah perakaunan zakat pendapatan terhadap manfaat berupa barangan. Kedua, perniagaan yang memperolehi keuntungan tetapi modal kerja adalah negatif. Ketiga, kos tanaman dan kos sara hidup untuk pertanian komersial. Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis perakaunan zakat lestari yang diamalkan oleh institusi zakat serta pendapat para cendekiawan zakat terhadap perakaunan zakat lestari di Malaysia. Data kualitatif diperolehi daripada analisis dokumen dan temu bual separa struktur. Informan terdiri daripada cendekiawan zakat dan pengamal zakat. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis kandungan secara deduktif dan induktif. Dapatan analisis mempamerkan bahawa perakaunan zakat lestari diamalkan oleh institusi zakat di Malaysia. Pertama, peluasan kekayaan yang diwajibkan zakat. Kedua, penilaian kekayaan wajib zakat berdasarkan kekayaan bersih; dan ketiga, peranan niat dalam menentukan kekayaan wajib zakat. Perakaunan zakat lestari adalah berdasarkan pandangan cendekiawan zakat di Malaysia. Dihujahkan terdapat kesepakatan bahawa asas yang digunakan untuk membangunkan perakaunan zakat adalah tikat rigid. Oleh itu, perakaunan zakat lestari akan terus digunakan bersesuai dengan keperluan semasa dan keadaan setempat.

Item Type:Article
Keywords:Perakaunan zakat; Lestari; Peluasan kekayaan; Kekayaan bersih; Peranan niat
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15859
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Nov 2020 03:57
Last Modified:23 Nov 2020 15:01

Repository Staff Only: item control page