Reaksi masyarakat Islam di Malaysia terhadap ekstremisme

Ahmad Munawar Ismail, and Siti Madihah Kamaruddin, (2020) Reaksi masyarakat Islam di Malaysia terhadap ekstremisme. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 (1). pp. 103-112. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
503kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1281

Abstract

Ekstremisme bukan watak yang baru dalam sistem sosial umat Islam. Kefahaman ini sudah berakar umbi dan sering datang melalui perlambangan yang mengelirukan sehingga sukar untuk masyarakat awam menentukan prinsipnya yang sebenar. Penebaran sebahagian daripadanya meluas, terancang dan tersusun. Perubahan pesat teknologi dan kepelbagaian media penyebaran juga menjadi faktor kenapa fahaman ini terus menyelusup masuk ke seluruh dunia dan mempengaruhi semua peringkat sosial termasuk profesional. Usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi membendung fahaman ini daripada mengganggu kerukunan beragama manusia. Untuk itu, artikel ini akan mengupas hasil dapatan kajian mengenai tahap pengetahuan dan kefahaman ekstremisme dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan sejauh mana reaksi mereka terhadap aktiviti ini. Kajian tinjauan (cross sectional survey design) telah digunakan sebagai kaedah kajian. Data-data diperoleh melalui satu set soal selidik daripada 1459 sampel penjawat awam beragama Islam yang dipilih secara rawak mudah dari seluruh Malaysia. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan konsep ekstremisme masyarakat Islam adalah tinggi iaitu min=4.06, sp=0.51, tahap kefahaman masyarakat Islam mengenai ekstremisme juga adalah tinggi iaitu, min=4.30, sp=0.45 dan reaksi pencegahan mereka terhadap aktiviti ekstremisme juga adalah tinggi iaitu, min=4.19, sp=0.42. Jelasnya, keseluruhan dapatan kajian menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia telah matang dalam hal ekstremisme dan telah mengambil pendekatan sewajarnya dalam menghadapi isu-isu berkaitan ekstremisme ini. Dapatan ini juga menunjukkan gerakan aliran ini masih lagi terkawal namun perlu sentiasa dipantau bagi mengekalkan keharmonian beragama dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pemikiran Islam; Ekstremisme; Masyarakat Islam; Penjawat awam; Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15862
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Nov 2020 04:22
Last Modified:23 Nov 2020 15:06

Repository Staff Only: item control page