Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir, and Rosfazila Abd Rahman, and Rohaini Amin, and Hairol Anuar Mak Din, (2020) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai gerakan non-partisan (1970-an hingga 1980-an): suatu analisis kritikal. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 ((SI)). pp. 3-12. ISSN 0216-5636
|
PDF
412kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278
Abstract
Tahun 1970-an hingga 1980-an adalah jangkamasa yang mencabar buat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Prinsip perjuangan non-partisan mereka kelihatan tercabar oleh beberapa perkembangan yang masih terus diperkatakan sehingga kini. Artikel ini mempolemikkan tiga perkembangan tahun 1970-an dan 1980-an yang berupaya ‘melunturkan’ citra non-partisan ABIM ketika itu. Penilaian cuba dibuat untuk mengenalpasti apakah prinsip perjuangan yang non-partisan itu bergerak seiring praktik? Perbincangan dijalankan dengan menggunakan sumber pertama yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia dan juga sumber kedua, selain disokong oleh temubual bersama mantan Ketua Penerangan ABIM (1976-1982) dan mantan Presiden ABIM (1983-1991), Dato’ Dr. Siddiq Fadhil. Kajian ini difikirkan mustahak bukan sahaja untuk memahami prinsip non-partisan ABIM, tetapi juga untuk melihat samada ABIM, sebagai sebuah gerakan dakwah yang berpengaruh di Malaysia benar menjalankan peranannya secara bebas, atau turut dipengaruhi sentiment kepartian tertentu seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ABIM; Non-partisan; Gerakan dakwah |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 15865 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Nov 2020 02:38 |
Last Modified: | 27 Nov 2020 04:38 |
Repository Staff Only: item control page