Memacu pendidikan di era Revolusi Industri 4.0: penerapan nilai-nilai Islam dan inovasi dalam pengajaran di institusi pengajian tinggi

Adlina Abdul Khalil, and Mohamad Khairi Hj. Othman, and Mohd. Kasri Saidon, (2020) Memacu pendidikan di era Revolusi Industri 4.0: penerapan nilai-nilai Islam dan inovasi dalam pengajaran di institusi pengajian tinggi. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 ((SI)). pp. 13-20. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
342kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278

Abstract

Pendidikan tinggi negara menghadapi perubahan seiring dengan proses transformasi Pelan Strategik Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara 2020 iaitu untuk melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi cabaran, berdaya saing dan mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam alam kerjaya nanti. Perubahan sikap dalam diri pelajar untuk menerima inovasi pengajaran dan pengukuhan nilai-nilai Islam akan dapat membantu melahirkan golongan pelajar yang cemerlang akademik dan terpelihara saksiah dirinya. Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana penerimaan para pensyarah dan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi terhadap Revolusi Industri 4.0 dan bagaimana nilai-nilai Islam dimasukkan dalam konteks pengajaran agar ia selari dengan ajaran Islam dalam mengejar arus pembangunan teknologi. Dalam konteks penerimaan pelajar terhadap transformasi pendidikan tinggi, impak inovasi dalam pengajaran terhadap motivasi diri pelajar turut dilihat dalam kajian. Data diperolehi melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual. Kaedah penyelidikan adalah kaedah kualitatif dan data dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa para pensyarah dan pelajar bersedia menghadapi perubahan teknologi kerana mereka sentiasa mengikuti perubahan teknologi terkini. Data turut menunjukkan sikap pelajar berubah kepada nilai-nilai yang positif disebabkan penggunaan teknologi. Aplikasi teknologi dan penerangan tentang nilai-nilai murni tidak diabaikan kerana wujud kesedaran dalam kalangan pensyarah tentang peri pentingnya pelajar yang mempunyai akhlak yang terpuji disamping menyahut cabaran Revolusi Industri 4.0.

Item Type:Article
Keywords:Revolusi Industri 4.0; Pendidikan; Nilai-nilai Islam; Inovasi pengajaran; Institusi Pengajian Tinggi
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15866
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Nov 2020 02:43
Last Modified:27 Nov 2020 04:39

Repository Staff Only: item control page