Kecaknaan pengguna Muslim terhadap logo halal

Abdul Razif Zaini, and Rosfazila Abd. Rahman, (2020) Kecaknaan pengguna Muslim terhadap logo halal. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 ((SI)). pp. 43-49. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
494kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278

Abstract

Logo halal merupakan simbol penting dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Logo ini menjadi piawaian oleh pengguna dalam menentukan halalnya sesuatu makanan. Dari perspektif pengguna, ia merupakan salah satu instrumen bagi memilih premis makanan dan restoran sebagai destinasi menjamu selera. Walaupun kewujudan logo ini merupakan satu perkembangan positif bagi umat Islam di Malaysia, namun senario ini menyebabkan masyarakat Islam meletakkan kebergantungan secara total terhadap logo ini dalam pemilihan restoran. Tahap pengetahuan dalam menentukan halal semakin rendah dalam kalangan masyarakat. Masyarakat tiada kemahiran untuk menentukan halalnya sesuatu makanan kerana tahap kebergantungan yang sangat tinggi pada logo tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan menghurai konsep pemakaian logo halal, mengenalpasti kesedaran pengguna terhadap penggunaan logo halal dan menilai tahap kebergantungan pengguna Muslim terhadap logo halal. Rekabentuk kajian adalah tinjauan berbentuk pemerhatian. Pemerhatian secara turut serta dijalankan bagi meneliti, melihat dan meninjau situasi atau kejadian secara kritikal berdasarkan objektif yang dibina. Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti secara khusus.Namun, pemerhatian ini dipandu satu senarai semak agar pengumpulan data berfokus dan menepati objektif yang ditetapkan. Pemerhatian dibuat ke atas premis-premis makanan yang terdapat di salah sebuah pusat membeli belah utama di lembah Klang. Dapatan yang diperolehi diharap dapat menilai tahap kecaknaan pengguna terhadap penggunaan logo halal di premis-premis makanan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Halal; Logo halal; Halal JAKIM; Pemakaian logo halal; Kecaknaan pengguna Muslim
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15870
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Nov 2020 03:08
Last Modified:27 Nov 2020 04:47

Repository Staff Only: item control page