Asmadi Abdul Rahman, and Ramlan Mustapha, (2020) Cabaran pelaksanaan dakwah terhadap masyarakat Orang Asli oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 ((SI)). pp. 59-67. ISSN 0216-5636
|
PDF
378kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278
Abstract
Dakwah merupakan kewajipan bagi setiap muslim untuk dilaksanakan berdasarkan kepada kemampuan masingmasing sama ada dilakukan secara individu atau berkumpulan.Ketika melaksanakan usaha dakwah, sudah pasti ianya akan berhadapan dengan cabaran yang pelbagai bergantung kepada sasaran dakwah yang dituju. Antara sasaran dakwah yang besar di Pahang adalah Orang Asli. Manakala institusi yang terlibat dalam usaha dakwah golongan ini adalah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk cabaran yang ditempuhi oleh pegawai dan pendakwah masyarakat Orang Asli dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh MUIP di sekitar perkampungan Orang Asli Pahang. Reka bentuk kajian ini menggunakan metod kualitatif melalui instrument kajian dokumen, pemerhatian dan juga temubual pegawai dakwah yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dakwah masyarakat Orang Asli di Pahang. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 12 tema cabaran perlu dihadapi bagi melaksanakan dan menjayakan usaha dakwah di Pahang iaitu cabaran berkaitan lokasi masyarakat orang asli, tidak menguasai bahasa orang asli, ancaman dari orang asli, kekurangan pendakwah, sifat dan sikap yang tidak baik oleh penduduk setempat, saingan misionari kristian, sumber kewangan, masalah dalaman pendakwah, sikap orang asli, sikap bangsa melayu, tidak mengotakan janji, tiada penyelaran antara NGO. Implikasi dari cabaran ini memerlukan semua agensi tampil untuk membantu bagi merealisasikan usaha dakwah berterusan yang menjadi tanggungjawab setiap muslim bergantung kepada kemampuan dan kepakaran masing-masing.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dakwah; Orang Asli; Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 15872 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Nov 2020 03:17 |
Last Modified: | 27 Nov 2020 04:51 |
Repository Staff Only: item control page