Impak penterjemahan kata kerja al-Quran pola afᶜala bagi menangani jurang leksikal terhadap mesej al-Quran

Syed Nurulakla Syed Abdullah, and Badrul Hisyam Mohd Yasin, and Nur Hurul Ain Asmuri, (2020) Impak penterjemahan kata kerja al-Quran pola afᶜala bagi menangani jurang leksikal terhadap mesej al-Quran. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 ((SI)). pp. 91-100. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
555kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278

Abstract

Penterjemahan al-Quran ke bahasa Melayu merupakan usaha yang sangat mencabar. Antara cabarannya yang utama ialah kesukaran untuk menangani isu jurang leksikal. Jurang leksikal ialah ketidakwujudan item leksikal yang tepat dalam bahasa sasaran untuk menjelaskan konsep yang dikemukakan oleh bahasa sumber. Penterjemah perlu mencari teknik terjemahan terbaik untuk merapatkan jurang leksikal agar hasil terjemahan menepati mesej Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan impak penterjemahan kata kerja al-Quran pola afᶜala bagi menangani jurang leksikal terhadap mesej al-Quran. Kajian kualitatif melalui pengaplikasian reka bentuk kajian kes ini melibatkan 32 potongan ayat al-Quran dan 64 terjemahannya yang dikemukakan oleh Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an (TPR) dan Al-Qur’an Mushaf Malaysia dan Terjemahan (QMMT). Bagi merealisasikan objektif, teknik Terjemahan Intervensi oleh Darwish (2010) diterapkan sebagai rangka kerja teoritikal. Dapatan kajian merumuskan dua impak utama, iaitu terjemahan yang berjaya merapatkan jurang leksikal serta menghasilkan mesej al-Quran dengan jelas dan terjemahan yang kurang berjaya merapatkan jurang leksikal dan menjejaskan penyampaian mesej al-Quran. Kejayaan merapatkan jurang leksikal dibuktikan dengan terjemahan terminologi fikah dan kata kerja al-Quran yang kompleks yang jelas, pengeksplisitan makna denotasi dan konotasi kata kerja al-Quran serta pengekalan kesantunan bahasa al-Quran. Ketidaksempurnaan dalam menangani jurang leksikal ini pula dibuktikan dengan kehilangan sebahagian daripada mesej al-Quran, kekeliruan terhadap konsep terminologi Islam dan penghasilan mesej yang dipengaruhi oleh cerita isrā’īliyyat. Kajian ini membuktikan bahawa jurang leksikal merupakan cabaran yang kritikal dalam terjemahan al-Quran disebabkan wujudnya konflik antara kata kerja al-Quran dengan item leksikal bahasa Melayu. Penterjemah al-Quran perlu memberikan perhatian yang wajar terhadap isu ini bagi menghasilkan terjemahan al-Quran yang berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Jurang leksikal; Pola afᶜala; Terjemahan al-Quran
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15876
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Nov 2020 03:57
Last Modified:27 Nov 2020 04:57

Repository Staff Only: item control page