Hubungan sosial rentas etnik ke arah pengukuhan kesepaduan sosial di Malaysia

Hairol Anuar Mak Din, and Nor Azlili Hassan, and Mansor Mohd Noor, and Azlina Abdullah, and Mohd Mahadee Ismail, and Marzudi Md Yunus, (2020) Hubungan sosial rentas etnik ke arah pengukuhan kesepaduan sosial di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 42 ((SI)). pp. 107-113. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
322kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1278

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang persepsi masyarakat terhadap hubungan sosial rentas yang mengikat kesepaduan sosial di Malaysia dan menjadikannya begitu dinamik dalam konteks mengurus dan menyusun perbezaan sosial dalam masyarakat Malaysia. Asas pembinaan negara bangsa di Malaysia adalah berteraskan integrasi di mana identiti etnik masing-masing dikekalkan dan terpelihara di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, wujud persepsi ‘orang luar’ terhadap keharmonian di Malaysia yang acap kali negatif. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan ‘talk conflict’ yang berlegar dalam media sosial yang seakan-akan esok akan berulang semula tragedi berdarah 13 Mei 1969. Walhal, Institut Kajian Etnik (KITA) telah menjelaskan bahawa Malaysia kini berada dalam ‘Era Kesepaduan Sosial’, yang mana dalam era ini, perilaku rakyat Malaysia adalah pada peringkat ‘everyday-defined’ iaitu; ‘they talk conflict, they walk cohension’ dan perkara ini merupakan satu kegiatan psikososial yang sihat. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dilaksanakan berkaitan dengan hubungan sosial rentas di tempat kerja. Kajian ini memfokuskan kepada persepsi masyarakat terhadap tahap hubungan rentas sosial di tempat kerja dalam konteks hubungan pada peringkat peribadi, komuniti dan institusi. Kaedah kajian yang digunakan adalah soal selidik yang telah dijalankan ke atas 554 orang komuniti peniaga dan penjaja pelbagai etnik yang mempunyai perkaitan secara langsung terhadap hubungan sosial rentas etnik. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa hubungan sosial rentas etnik pada peringkat individu, komuniti dan institusi adalah positif dan signifikan. Amalan rentas etnik pada peringkat akar umbi ini merupakan faktor yang begitu signifikan dalam pembentukan dan pengukuhan kesepaduan sosial di Malaysia serta suatu jaminan kestabilan negara yang berterusan.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan rentas sosial; Peribadi; Komuniti; Institusi; Kesepaduan sosial
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:15878
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Nov 2020 04:08
Last Modified:27 Nov 2020 05:00

Repository Staff Only: item control page