Sifat-sifat mekanik dan terma nanokomposit asid polilaktik/cecair getah asli/polianilina diperkukuh berpenguat grafin pada kandungan rendah

Dalila Shahdan, and Chen, Ruey Shan and Sahrim Ahmad, (2020) Sifat-sifat mekanik dan terma nanokomposit asid polilaktik/cecair getah asli/polianilina diperkukuh berpenguat grafin pada kandungan rendah. Sains Malaysiana, 49 (9). pp. 2101-2111. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
19MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil9_2...

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan penambahan bahan pengisi grafin berplat nano (GNP) ke atas sifat mekanik dan terma bagi nanokomposit polilaktik asid (PLA)/cecair getah asli (LNR)/polianilina (PANI). Nanokomposit PLA/LNR/PANI berpengisi GNP disediakan melalui kaedah adunan leburan dengan menggunakan mesin pengadun dalaman. Tahap pengisian kandungan bahan pengisi GNP dipelbagaikan daripada 0.2 sehingga 1.0 % bt. Spesimen yang telah dicirikan melalui ujian mekanik serta analisis termogravimetri (TGA), kalorimetri imbasan pembezaan (DSC) dan kekonduksian terma (TCA) menunjukkan peningkatan sifat yang positif dengan penambahan GNP pada kandungan rendah dalam matriks polimer. Keputusan sifat regangan, hentaman dan kestabilan terma menyatakan kandungan optimum dicapai pada 0.4 % bt. Berdasarkan ujian lenturan dan TCA pula, peningkatan optimum masing-masing didapati pada kandungan yang berbeza iaitu 0.6 dan 0.8 % bt. GNP.

Item Type:Article
Keywords:Grafin berplat nano; Kekonduksian terma; Kestabilan terma; Komposit termoplastik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:15906
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Dec 2020 05:06
Last Modified:06 Dec 2020 09:10

Repository Staff Only: item control page