Sakinah Idris, and Che Radziah Che Mohd. Zain, and Ab. Kahar Sandrang, (2020) Kesan gelembung udara dan auksin bagi penginduksian akar pada tunas arundina graminifolia dalam sistem rendaman berterusan tertutup. Sains Malaysiana, 49 (10). pp. 2443-2451. ISSN 0126-6039
|
PDF
580kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil10_...
Abstract
Arundina graminifolia atau orkid buluh adalah orkid yang hidup di atas tanah, tahan panas dan penyakit, mudah dijaga, berbunga sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman landskap di kawasan terbuka. Kebiasaannya, A. graminifolia dibiak melalui pembahagian rumpun dan kultur tisu. Kadar pembiakan daripada kaedah ini adalah sangat rendah dan mengambil masa yang lama untuk memperbanyakkan bahan tanaman. Penggunaan sistem rendaman berterusan tertutup (CPIS) telah berjaya mempercepatkan penginduksian mata tunas A. graminifolia. Namun, penginduksian akar mengambil masa yang agak lama iaitu melebihi tiga bulan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menambahbaik sistem CPIS dengan menambah gelembung udara bagi mempercepatkan penginduksian akar pada tunas A. graminifolia. Seterusnya, penggunaan auksin asid naftalenasetik (NAA) dan asid indol-3-butirik (IBA) bagi meningkatkan peratus pengakaran pada tunas A. graminifolia turut dijalankan. Kehadiran gelembung udara di dalam sistem CPIS menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan untuk kelebaran, ketinggian dan kerenggangan mata tunas berbanding dengan CPIS tanpa kehadiran gelembung udara. Tunas yang terhasil dalam sistem CPIS dengan kehadiran gelembung udara juga mampu menghasilkan akar (10% tunas yang berakar) berbanding dengan sistem CPIS tanpa kehadiran gelembung udara yang langsung tidak menghasilkan akar. Penginduksian akar pada tunas A. graminifolia menggunakan IBA dan NAA dengan kepekatan 0, 0.5, 1.0 dan 1.5 ppm menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding kawalan. Penggunaan hormon NAA dengan kepekatan yang semakin meningkat telah meningkatkan purata panjang akar, namun memberi kesan sebaliknya diperhatikan pada rawatan IBA. Kesimpulannya, sistem CPIS dengan kehadiran gelembung udara berserta hormon NAA 1.5 ppm mampu menginduksi dan meningkatkan peratus pengakaran A. graminifolia dengan lebih cepat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Arundina graminifolia; Gelembung udara; Hormon; Penginduksian akar; Sistem rendaman berterusan tertutup (CPIS) |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 15940 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Dec 2020 04:12 |
Last Modified: | 10 Dec 2020 21:18 |
Repository Staff Only: item control page