Muhd Zulhilmi Haron, and Mohd Muslim Md Zalli, and Siti Noor Aneeis Hashim, and Ahmad Rusli Abdul Gani, and Ismail Salleh, (2020) Penggunaan bahan bantu mengajar berteknologi dalam pengajaran dan pemudahcaraan murid Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Al-Hikmah, 12 (2). pp. 3-18. ISSN 1985-6822
|
PDF
559kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berteknologi dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) telah terbukti dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan BBM berteknologi dalam kalangan guru dan murid bagi program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) serta persepsi guru terhadap penggunaan BBM berteknologi dalam kalangan guru bagi program TMUA berdasarkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Seramai 30 orang guru dan 100 orang murid telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Analisis data adalah menggunakan perisian Statistical For Social Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan BBM berteknologi adalah sederhana hingga tinggi namun tidak terdapat perbezaan dalam kalangan guru yang mengikuti LADAP PAK21 terhadap penggunaan BBM berteknologi. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa walaupun guru mempunyai persepsi yang positif terhadap kepentingan penggunaan BBM berteknologi namun tahap penggunaannya masih di peringkat sederhana. Ini menunjukkan bahawa kesedaran dan galakan dalam penggunaan BBM berteknologi perlu dipertingkatkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahan Bantu Mengajar berteknologi; Latihan; Guru; Tahfiz; TMUA |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 15957 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Dec 2020 07:40 |
Last Modified: | 10 Dec 2020 21:41 |
Repository Staff Only: item control page