Sumbangan guru pendidikan islam dalam amalan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar dan rakan guru di sekolah

Ruslan Hassan, and Farid Mat Zain, and Kaseh Abu Bakar, and Azmul Fahimi Kamaruzaman, (2020) Sumbangan guru pendidikan islam dalam amalan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar dan rakan guru di sekolah. Al-Hikmah, 12 (2). pp. 19-34. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
559kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Guru Pendidikan Islam (GPI) memainkan peranan yang penting dalam penglibatan setiap aktiviti yang dirancang oleh pengurusan sekolah. Guru bukan hanya memberikan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, tetapi perlu bergiat aktif dalam membantu pelajar dan rakan guru. Oleh itu, makalah ini membincangkan sumbangan GPI dalam amalan bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar dan guru di sekolah. Kajian dilaksanakan secara tinjauan (survey) dan data dikumpulkan menerusi soal selidik dari 60 orang dari keseluruhan 200 GPI di daerah Petaling Utama Selangor. Kajian menunjukkan GPI memberi lima sumbangan yang paling tinggi kepada pelajar dan guru iaitu dari segi minat, sentiasa berjumpa, turut membantu, bekerjasama dan berbincang dengan pelajar dan guru. Justeru, penglibatan GPI dalam amalan bimbingan kaunseling di sekolah perlu diketengahkan dalam membantu kaunselor dan rakan-rakan guru untuk memudahkan pengurusan sekolah. Akhir sekali, implikasi kajian diperincikan agar GPI juga mampu memberikan sumbangan kepada bidang kaunseling sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada organisasi sekolah dan bukan sematamata mengharapkan peranan dari pihak kaunselor sahaja dalam pembentukan sahsiah pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Guru Pendidikan Islam; Bimbingan dan kaunseling; Kaunseling Islam; Guru; Pelajar
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:15958
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2020 07:48
Last Modified:10 Dec 2020 21:42

Repository Staff Only: item control page