Siti Jamiaah Abdul Jalil, and 'Adawiyah Ismail, and Abu Dardaa Mohamad, and Labiba Ahmad, and Nor Raudah Siren, and Juwairiah Hassan, and Khairul Hamimah Mohamad Jodi, (2020) Perkembangan dan penerimaan pendekatan keagamaan dalam pemulihan banduan di penjara Malaysia. Al-Hikmah, 12 (2). pp. 53-74. ISSN 1985-6822
|
PDF
875kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Pendekatan keagamaan semakin diterima pakai dalam modul pemulihan di institusi-institusi penjara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Program Halaqah merupakan salah satu modul pemulihan dengan menggunakan pendekatan agama di dalam Pelan Pembangunan Insan (PPI) yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM). Selain itu, terdapat juga program agama sampingan yang dianjurkan oleh JPM dan juga sukarelawan yang terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, dan IPT. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penerimaan dan impak pendekatan agama dalam pemulihan banduan. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dengan menggunakan metode soal selidik bagi mengenal pasti penerimaan dan keberkesanan modul keagamaan yang dilaksanakan dengan melibatkan 1286 orang banduan sebagai responden yang dipilih secara persampelan mudah. Hasil kajian mendapati, penerimaan banduan terhadap keseluruhan program keagamaan adalah baik. Melalui analisis T-test Pairs menunjukkan program keagamaan yang dilaksanakan memberi perubahan yang ketara terhadap nilai penghayatan agama para banduan. Oleh demikian usaha pihak JPM dalam memperkasakan program keagamaan dalam pemulihan banduan harus diteruskan dan ditambah baik dari masa ke semasa agar matlamat pemulihan banduan bukan sahaja berjaya malah perubahan tingkah laku positif banduan lebih bersifat lestari sekali gus mengurangkan kes residivis atau kes banduan berulang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Program agama; Pemulihan; Banduan; Penghayatan agama |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 15960 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Dec 2020 08:07 |
Last Modified: | 10 Dec 2020 21:45 |
Repository Staff Only: item control page