Peranan putera raja dalam tadbir urus Mughal: tumpuan terhadap Awrangzib

Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, and Mohd Roslan Mohd Nor, and Ezad Azraai Jamsari, and Md Yazid Ahmad, and Noorsafuan Che Noh, (2020) Peranan putera raja dalam tadbir urus Mughal: tumpuan terhadap Awrangzib. Al-Hikmah, 12 (2). pp. 115-136. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
586kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Awrangzib atau Aurangzeb diiktiraf antara pemerintah terbaik Kerajaan Mughal pada era The Age of Great Mughals. Usaha yang dilakukan oleh beliau bagi menjamin kestabilan Kerajaan Mughal disifatkan sebagai indikator utama yang meletakkan Awrangzib setaraf dengan Akbar The Great. Namun, peranan beliau dalam tadbir urus Kerajaan Mughal tidak bermula ketika menjadi maharaja bahkan telah bermula lebih awal, khususnya sewaktu menjadi putera raja. Artikel ini meneliti peranan putera raja sebagai suatu intitusi dalam tadbir urus Mughal dengan memberi tumpuan terhadap peranan Awrangzib sebagai putera raja, khususnya semasa zaman pemerintahan bapanya, Shah Jahan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan Awrangzib telah memainkan peranan penting sebagai ketua tentera dan gabenor sewaktu menjadi putera raja Mughal. Peranan yang digerakkan oleh beliau ini telah memastikan kestabilan Kerajaan Mughal meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Pengalaman beliau dalam tadbir urus Mughal semasa menjadi putera raja akhirnya banyak mempengaruhi dasar pemerintahan Mughal setelah beliau menerajui tampuk pemerintahan pada tahun 1657M.

Item Type:Article
Keywords:Awrangzib; Mughal; India; Shah Jahan; Tadbir urus; Sejarah politik; Sejarah ketenteraan
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:15963
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Dec 2020 08:30
Last Modified:10 Dec 2020 21:49

Repository Staff Only: item control page