Nur Aishah Zainal, and Mohd Azul Mohamad Salleh, and Wan Amizah Wan Mahmud, (2020) Impak media baharu terhadap patriotisme belia di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 23 (1). pp. 1-6. ISSN 0128-2735
|
PDF
201kB |
Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...
Abstract
Patriotisme sering dikaitkan dengan konsep yang berkaitan dengan kenegaraan. Sentimen patriotisme berkembang luas dan meliputi pelbagai negara di peringkat global. Tahap patriotisme belia di negara ini perlu dipertingkatkan dengan penggunaan media baharu. Medium media baharu yang berasaskan Internet amat membantu dalam menyebarluaskan pelbagai jenis maklumat yang ingin disalurkan khususnya informasi kenegaraan. Aspek patriotisme seharusnya diberi penekanan secara terperinci dan haruslah dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Paparan maklumat menerusi medium komunikasi ini mempengaruhi pengguna dan sekaligus memberi kesan kepada golongan belia. Sememangnya tahap kesedaran kumpulan masyarakat khususnya golongan belia terhadap aspek patriotisme adalah kurang memberangsangkan dan perlu dipertingkatkan secara menyeluruh. Kekurangan semangat patriotisme cenderung kepada pelbagai faktor semasa seperti sikap seseorang individu. Hal ini seharusnya diberi penekanan yang sewajarnya kerana berupaya menjadi sebahagian daripada entiti negara. Kajian yang dilakukan dengan menggunakan kaedah survei adalah untuk melihat sejauh mana peranan media baharu memberikan impak terhadap patriotisme belia di Malaysia. Oleh yang demikian, berpaksikan kepada Teori Penyuburan yang dipelopori oleh George Gerbner dan Larry Gross (1976), kertas konseptual ini membincangkan secara spesifik berkaitan impak yang wujud menerusi teknologi media baharu terhadap penyuburan patriotisme belia di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Media baharu; Komunikasi; Patriotisme; Impak; Belia |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 15965 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Dec 2020 02:59 |
Last Modified: | 11 Dec 2020 05:28 |
Repository Staff Only: item control page