Jenis personaliti dan tahap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi

Mohd Suhaimi Mohamad, and Mohd Haazik Mohamed, (2020) Jenis personaliti dan tahap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Jurnal Personalia Pelajar, 23 (1). pp. 7-17. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
699kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis personaliti dan tahap kesihatan mental dalam mahasiswa universiti. Sebanyak 200 orang mahasiswa direkrut secara teknik persampelan rawak dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Kesemua responden telah diberikan satu set borang soal selidik yang mengandungi lima instrumen iaitu General Health Questionnaire (GHQ-12), Mental Health Inventory (MHI), Ujian Personaliti STIFIN, Beck Depression Inventory (BDI) dan Spielberger State-Trait Anxiety Inventory (STAI). Hasil kajian menunjukkan bahawa satu per tiga dari jumlah responden mempunyai tahap tekanan psikologikal yang tinggi berdasarkan skor markah GHQ-12. Tahap tekanan psikologikal di antara mahasiswa lelaki dan mahasiswa perempuan menunjukkan hubungan yang signifikan. Lima puluh lapan peratus daripada jumlah keseluruhan responden di dalam kajian ini mempunyai skor MHI yang tinggi yang menunjukkan tahap kesihatan mental yang baik. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesihatan mental mahasiswa dengan jantina. Berdasarkan STIFIN, didapati bahawa kebanyakan responden memiliki jenis personaliti ekstrovert sama ada jenis feeling, thinking, intuiting dan sensing. Keputusan STAI pula menunjukkan bahawa tahap kebimbangan responden kajian ini adalah sederhana. Berdasarkan Ujian BDI, didapati hampir 14 peratus responden mempunyai skor tahap kemurungan yang tinggi dan skor ini mempunyai hubungan yang signifikan antara responden lelaki dan perempuan. Secara umumnya, mahasiswa dalam kajian ini menunjukkan tahap kesihatan mental yang baik tetapi berpotensi untuk menghadapi tekanan psikologikal yang lebih tinggi sepajang kehidupan di kampus. Oleh itu, lebih banyak program kaunseling dan kebajikan pelajar perlu dibangunkan bagi pencegahan masalah kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Kesihatan mental; Personaliti; Universiti; Mahasiswa; Institusi pengajian tinggi
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:15966
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2020 03:03
Last Modified:14 Dec 2020 04:52

Repository Staff Only: item control page