Hairunnizam Wahid, and Siti Aisyah Zahari, (2020) Literasi kewangan dan kesannya terhadap gelagat perbelanjaan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 23 (1). pp. 27-43. ISSN 0128-2735
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...
Abstract
Kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat menyebabkan pelajar perlu celik kewangan bagi menjalani kehidupan yang lancar di universiti. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti kefahaman mahasiswa tentang konsep keperluan dan kehendak. Seterusnya, hasil tersebut akan digunakan untuk menganalisis hubungan antara tahap literasi kewangan mahasiswa terhadap gelagat perbelanjaan mereka. Seramai 200 orang responden iaitu dalam kalangan pelajar sarjana muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih bagi menjalankan kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata pelajar di UKM memiliki tahap literasi kewangan yang sederhana. Hasil analisis regresi berbilang menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, tingkahlaku, pengalaman dan tahun pengajian mempengaruhi tahap literasi kewangan pelajar. Faktor-faktor lain termasuk fakulti pengajian dan nilai PNGK pelajar adalah tidak signifikan. Memandangkan literasi kewangan merupakan aspek penting yang perlu diterapkan demi pengurusan kewangan yang mantap, maka pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengetahuan kewangan dalam kalangan pelajar universiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kos sara hidup; Literasi kewangan; Gelagat perbelanjaan; Pengetahuan kewangan |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 15968 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Dec 2020 03:20 |
Last Modified: | 14 Dec 2020 04:54 |
Repository Staff Only: item control page