Mohd Adib Ismail, and Nurshamera Alesa Shamsul Bahari, (2020) Tahap kesedaran tentang Sistem Perbankan Islam dalam kalangan pelajar bukan Islam di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 23 (1). pp. 61-74. ISSN 0128-2735
|
PDF
632kB |
Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...
Abstract
Sistem Perbankan Islam (SPI) adalah satu amalan atau aktiviti perbankan yang menjalankan operasinya berlandaskan prinsip-prinsip yang dibenarkan dalam Islam. Produk dan perkhidmatan dari amalan SPI ini tidaklah hanya tertumpu pada mereka yang beragama Islam sahaja malah terbuka juga kepada mereka yang bukan beragama Islam. Prestasi SPI menunjukkan peningkatan yang baik dari satu tahun ke satu tahun namun semakin mebimbangkan kerana peningkatan tersebut berlaku pada kadar yang perlahan. Justera itu, artikel ini bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran pelajar bukan Islam di UKM tentang SPI. Pendekatan kajian ini dilaksanakan berdasarkan kaedah kualitatif iaitu kaedah temubual bersemuka dengan responden. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesedaran mereka adalah di tahap yang rendah dan membimbangkan. Pelajar bukan Islam ini mengutamakan keuntungan material dalam memilih perbankan untuk dilaburkan tanpa mempedulikan keuntungan rohani. Kekurangan pendedahan kepada SPI sewaktu di bangku sekolah juga menyebabkan tahap kesedaran mereka terhadap amalan SPI adalah rendah. Ini menyebabkan ilmu tentang SPI tidak tersebar luas. Mereka mempunyai tafsiran yang salah mengenai SPI dan hanya melihat kepada keuntungan material semata. Peranan pihak bank yang mengamalkan SPI perlu diperluaskan dan dipergiatkan bagi menangani isu kesalahtafsiran tentang SPI terutamanya dalam kalangan pelajar. Penulis berpendapat bahawa penemuan yang dibincangkan dalam kajian ini dapat memberikan sumbangan dan petunjuk bagi mengembangkan prestasi dan memajukan lagi perbankan yang mengamalkan SPI dalam kalangan bukan Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesedaran; Perbankan Islam; Pelajar bukan Islam |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 15970 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Dec 2020 03:32 |
Last Modified: | 15 Dec 2020 02:15 |
Repository Staff Only: item control page