Perspektif pelajar terhadap budaya bekerja sendiri

Nurul Aida Mainor, and Lai, Wei Sieng (2020) Perspektif pelajar terhadap budaya bekerja sendiri. Jurnal Personalia Pelajar, 23 (2). pp. 1-13. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
770kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Bangi terhadap budaya bekerja sendiri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar yang telah mempunyai pekerjaan sendiri atau individu yang berminat untuk memulakan pekerjaan sendiri yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai fakulti di kampus Bangi bagi menjawab borang soal selidik. Data yang diperolehi melalui soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar memilih untuk melakukan pekerjaan sendiri berbanding bekerja dengan majikan atau makan gaji. Bagi mereka yang telah melakukan pekerjaan tersebut, individu terbabit akan tetap memilih untuk meneruskan bidang pekerjaan itu. Manakala, bagi pelajar yang baru sahaja ingin melibatkan diri dalam pekerjaan sendiri ini yang tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman berkaitan pekerjaan yang bekerja sendiri, mereka lebih berminat untuk melakukan pekerjaan itu. Pekerjaan sendiri ini sering dikaitkan dengan bidang keusahawanan. Penemuan kajian ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mempunyai atau melibatkan diri dalam bidang keusahawanan serta dapat membawa perubahan kepada diri mereka untuk lebih menceburi bidang pekerjaan sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Bekerja sendiri; Keusahawanan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:15971
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2020 04:46
Last Modified:15 Dec 2020 02:55

Repository Staff Only: item control page