Amirul Mukminin Mohamad, (2020) Keberkesanan Quiziz sebagai medium alternatif ulangkaji dan pembelajaran kendiri. Jurnal Personalia Pelajar, 23 (2). pp. 29-37. ISSN 0128-2735
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...
Abstract
Proses ulangkaji merupakan antara bahagian terpenting dalam aktiviti pembelajaran, khususnya untuk menguji tahap kefahaman pelajar. Namun, situasi pembelajaran abad ke-21 menyaksikan proses ulangkaji di kelas yang masih dikuasai sepenuhnya oleh guru.dan situasi ini tidak dapat mencabar tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aplikasi berasaskan permainan iaitu Quizizz sebagai medium ulangkaji serta membantu pembelajaran kendiri pelajar. Melalui penggunaan Quizizz, pelajar perlu menyediakan soalan ulangkaji berbentuk kuiz untuk topik pelajaran tertentu, dan rakan pelajar lain akan menjawab soalan tersebut. Kajian Kuasi-Eksperimen ini melibatkan 30 orang pelajar prasiswazah kursus di Pusat Citra, UKM, di mana data diperoleh melalui skor ujian pra dan ujian pasca serta borang soal-selidik. Data kajian dianalisis menggunakan ujian T Sampel Bersandar untuk perbandingan skor dan ujian Regressi Linear Mudah untuk analisis perkaitan antara pemboleh ubah. Analisis perbandingan skor antara ujian sebelum dan selepas intervensi mencatatkan perbezaan yang signifikan, dengan nilai p=0.000 dicatatkan. Analisis Regresi pula menunjukkan perkaitan yang signifikan antara kaedah intervensi dengan skor pelajar dalam ujian pasca. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta kajian membina pengetahuan tentang isi pelajaran secara kendiri melalui penggunaan Quizizz sebagai alat bantu, berbanding dengan pencapaian yang ditunjukkan melalui kaedah konvensional, sebelum sesi intervensi berlaku.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Quizizz; Pembelajaran berpusatkan pelajar; Medium ulangkaji; Aplikasi berasaskan permainan |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 15973 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Dec 2020 04:55 |
Last Modified: | 15 Dec 2020 02:46 |
Repository Staff Only: item control page