Keberkesanan model konstruktivisme Lima Fasa Needham terhadap kemahiran penulisan hujah murid sekolah menengah atas

Wong, Siew Fang and Nurfaradilla Mohamad Nasri, (2020) Keberkesanan model konstruktivisme Lima Fasa Needham terhadap kemahiran penulisan hujah murid sekolah menengah atas. Jurnal Personalia Pelajar, 23 (2). pp. 69-80. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Kemahiran penulisan hujah dalam esei argumentatif memerlukan proses kognisi murid yang tinggi. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teori konstruktivisme model Lima Fasa Needham terhadap kemahiran penghujahan murid sekolah menengah atas. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan untuk melihat perbandingan kemahiran menulis hujah dalam esei jenis argumentatif antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Sibu, Sarawak. Kemahiran menulis hujah bagi kedua-dua kumpulan ini diuji berdasarkan ujian pra dan ujian pasca. Sampel kajian ini melibatkan 20 orang murid bagi kumpulan eksperimen dan 20 orang murid bagi kumpulan kawalan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 20. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian murid bagi kumpulan eksperimen setelah pendekatan teori konstruktivisme Model Lima Fasa Needham diperkenalkan dalam penulisan esei argumentatif dengan t(38) = -3.240, p<.05. Min skor pencapaian murid dalam penulisan hujah bagi kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan, iaitu min ujian pra ialah 11.35 dan min ujian pasca ialah 14.40. Dapatan kajian membuktikan bahawa pendekatan teori konstruktivisme Model Lima Fasa Needham berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan hujah. Implikasinya, guru Bahasa Melayu digalakkan menggunakan model Lima Fasa Needham dalam pengajaran mereka.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran menulis hujah; Esei argumentatif; Penggunaan model konstruktivisme Lima Fasa Needham; Murid; Sekolah menengah atas
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:15977
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2020 05:21
Last Modified:15 Dec 2020 03:01

Repository Staff Only: item control page