Pengurusan latihan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah tadbir urus KESATRIA-UKM

Abu Yazid Abu Bakar, and Othman A. Karim, (2020) Pengurusan latihan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah tadbir urus KESATRIA-UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 23 (2). pp. 81-86. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
218kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Aktiviti ko-kurikulum badan beruniform di peringkat institusi pengajian tinggi untuk para mahasiswa menjadi salah satu keperluan dan tumpuan utama dalam merealisasikan matlamat untuk melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing, serta mampu mengejar kecemerlangan akademik secara seimbang, sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Aktiviti ko-kurikulum badan beruniform merupakan platform terbaik untuk membangunkan jati diri unggul, membentuk daya kepemimpinan, memupuk semnagat kerja berpasukan, serta menggarap nilai kesukarelawanan dalam pelajar institusi pengajian tinggi.Justeru, pengurusan yang sistematik dan bersepadu perlu diwujudkan bagi mengkoordinasi latihan menyeluruh badan-badan beruniform ini bagi memastikan objektif yang disasar dalam konteks pembangunan sahsiah dan keterampilan mahasiswa yang menyertai aktiviti ko-kurikulum ini mampu dicapai dengan baik dan berkesan. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), model bersepadu pelaksanaan pengurusan latihan badan-badan beruniform pelajar ini digerakkan oleh sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang dinamakan Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM). Sejak penubuhannya, Pusat ini bertanggungjawab menyelia dan memantau urus tadbir latihan secara menyeluruh terhadap badanbadan beruniform yang terdiri daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Tentera Darat, Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis (SUKSIS), Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang UKM, dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Daerah UKM. Tadbir urus aktiviti ko-kurikulum badan-badan beruniform di bawah Pusat ini menunjukkan pelbagai impak positif dalam membina suasana pembelajaran dan latihan yang baik kepada para mahasiswa UKM. Kertas konsep ini mengupas aspek pengurusan latihan Kor SISPA UKM di bawah tadbir urus Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) pentadbiran, kewangan, logistik, serta gerak kerja kursus akademik. Kertas ini turut menyerlahkan keberkesanan pengurusan latihan secara menyeluruh hasil kolaborasi antara Kor SISPA UKM dengan Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM).

Item Type:Article
Keywords:Badan beruniform; Kor SISPA; KESATRIA-UKM; Pengurusan latihan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:15978
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2020 05:30
Last Modified:15 Dec 2020 02:34

Repository Staff Only: item control page