Indeks sara hidup pelajar: kajian kes di Kolej Pendidikan Antarabangsa (INTEC)

Amir Asyraf Husni Nizad, and Rubayah Yakob, and Mohd Hafizuddin Syah, and Bangaan Abdullah, and Roziana Baharin, (2018) Indeks sara hidup pelajar: kajian kes di Kolej Pendidikan Antarabangsa (INTEC). Jurnal Personalia Pelajar, 21 (1). pp. 11-18. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
309kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Peluang belajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan sesuatu yang diidamkan oleh kebanyakan pelajar. Walau bagaimanapun, kehidupan sebagai pelajar di IPT agak mencabar terutama dari segi kelangsungan hidup. Ini termasuklah isu kos sara hidup yang memberi impak kepada pelajar bagi memenuhi keperluan asas harian, dalam situasi ekonomi yang tidak menentu pada masa kini. Persoalannya adalah adakah pelajar-pelajar mempunyai jumlah kewangan yang mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan di kampus? Maka, kajian ini bertujuan untuk mengira indeks sara hidup pelajar di IPT. Indeks yang dikira berupaya menggambarkan kedudukan kewangan yang merangkumi aspek pendapatan dan perbelanjaan pelajar. Kolej Pendidikan Antarabangsa (INTEC), Shah Alam telah di pilih sebagai sampel kajian untuk mendapatkan data melalui borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar (90%) mendapat sumber kewangan daripada ibu bapa mereka. Selain itu, 74% pelajar memperoleh biasiswa dan hanya 14% pelajar mendapat pinjaman. Dari segi pendapatan, jumlah pendapatan pelajar per bulan ialah RM89, 330 dengan purata RM1786.60 per pelajar. Manakala, jumlah perbelanjaan per bulan ialah RM54, 281 dengan purata RM1085.62 per pelajar. Perbelanjaan tertinggi yang dihadapi oleh pelajar ialah yuran pengajian dengan jumlah purata sebanyak RM2031.94 per pelajar. Selain daripada berbelanja ke atas barangan asas, pelajar juga didapati memperuntukan sejumlah wang mereka untuk hiburan. Kajian juga mendapati bahawa indeks sara hidup pelajar di INTEC ialah 0.61. Keadaan ini menunjukkan bahawa pendapatan yang dimiliki oleh para pelajar masih mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka. Indeks ini dijangkakan meningkat kerana indeks sara hidup sangat bergantung dengan kos sara hidup semasa yang semakin hari semakin tinggi. Hasil kajian diharapkan memberikan gambaran yang jelas kepada pelajar untuk membuat persediaan kewangan yang mencukupi. Bagi pengurusan universiti, indeks sara hidup pelajar boleh menjadi tanda aras dalam pembuatan keputusan dan perlaksanaan strategi terutamanya yang melibatkan komitmen kewangan agar ianya tidak terlalu membebankan para pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Indeks sara hidup; Kewangan; Pendapatan; Perbelanjaan; Pelajar; Kos
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:15980
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Dec 2020 03:14
Last Modified:16 Dec 2020 20:46

Repository Staff Only: item control page