Pengambilan suplemen untuk tujuan penjagaan kesihatan dan meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar universiti

Norshamliza Chamhuri, and Nur Zalifah Amran, and Norsyafiqah Alias, and Nur Syahirah Che Lah, (2018) Pengambilan suplemen untuk tujuan penjagaan kesihatan dan meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 21 (1). pp. 29-36. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
276kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan perkembangan teknologi pada masa kini, penggunaan makanan tambahan atau suplemen menjadi semakin relevan dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar. Berdepan dengan jadual yang padat, yakni menghadiri kuliah dan menjalankan pelbagai aktiviti di dalam mahupun di luar kampus, pelajar universiti perlu berada dalam keadaan sihat dan cerdas sentiasa. Makanan tambahan atau suplemen dilihat dapat memberi manfaat kesihatan kepada pelajar, namun penggunaan makanan tambahan secara berlebihan mengundang pelbagai risiko. Maka dengan ini, satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti tujuan dan kesan pengambilan suplemen dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 90 orang responden telah menjawab soal selidik yang telah dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mengambil suplemen bagi tujuan penjagaan kesihatan dan meningkatkan prestasi akademik mereka. Majoriti pelajar didapati memperoleh kesan positif dengan penggunaan suplemen. Dapatan kajian awal ini diharapkan dapat membantu dalam menyalurkan pengetahuan disamping memberikan maklumat mengenai penggunaan suplemen dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Suplemen; Makanan tambahan; Pelajar; Universiti
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:15982
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Dec 2020 03:33
Last Modified:16 Dec 2020 20:49

Repository Staff Only: item control page