Nur Saadah Mohamad Aun, and Nur Shuhada Mohd Mustaffarizan, (2018) Pengetahuan mahasiswa tentang perundangan dalam keganasan rumah tangga. Jurnal Personalia Pelajar, 21 (1). pp. 37-42. ISSN 0128-2735
|
PDF
188kB |
Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...
Abstract
Keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat. Keluarga berperanan dalam membentuk peribadi anakanak bermula dari zaman kanak-kanak. Namun begitu, kepincangan institusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat semakin meruncing dan salah satu puncanya adalah disebabkan oleh keganasan rumah tangga. Keganasan rumah tangga meningkat saban tahun kerana kurangnya pendedahan masyarakat terhadap hak yang boleh di perjuangkan jika seseorang itu mengalami keganasan rumah tangga. Kajian ini mengkaji pemahaman mahasiswa tentang keganasan rumah tangga dan meneroka pengetahuan mahasiswa tentang peranan perundangan dalam keganasan rumah tangga. Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan memilih lima orang informan dalam kalangan mahasiswa Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai sumber pengetahuan tentang perundangan dalam keganasan rumah tangga, antaranya ialah melalui pembelajaran dan pembacaan. Mahasiswa juga tahu tentang peranan Akta Keganasan Rumah Tangga, kesan yang berlaku apabila terjadinya keganasan rumah tangga dan tindakan yang boleh diambil oleh mangsa keganasan rumah tangga. Sebagai masyarakat kita perlu berperanan menyebarkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan ahli masyarakat lain untuk bersama-sama menangani kes keganasan rumah tangga.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perundangan; Pengetahuan; Keganasan rumah tangga; Mahasiswa |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 15983 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Dec 2020 03:39 |
Last Modified: | 16 Dec 2020 20:50 |
Repository Staff Only: item control page