Mengalakkan kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan melalui literasi digital, penggunaan ICT dan kecekapan kendiri dalam kalangan pelajar universiti

Nor Asiah Omar, and Noor Hasni Juhdi, and Rosilah Hassan, and Radin Siti Aishah Radin A. Rahman, (2018) Mengalakkan kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan melalui literasi digital, penggunaan ICT dan kecekapan kendiri dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 21 (1). pp. 43-53. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
295kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Dalam abad ke-21, pendidikan keusahawanan merupakan suatu tren di dunia ini. Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju di universiti selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada rakyat untuk menjadi usahawan. Dengan adanya ilmu literasi digital serta penggunaan capaian ICT, secara tidak langsung para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai ilmu usahawan di alam maya. Kajian ini tertumpu kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mengambil kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur kesan literasi digital, penggunaan ICT dan kecekapan kendiri pelajar terhadap kecenderungan untuk menjadi usahawan. Sebanyak 369 data kajian diperolehi dengan menggunakan kaedah kaji selidik dan persempelan mudah. Prosedur Sistematik Pelaksanaan Partial Least Square Structural Equation Modeling (PLS-SEM) telah digunakan untuk melakukan pengujian hipotesis. Hasil kajian mendapati literasi digital dan kecekapan kendiri pelajar berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada kecenderungan pelajar untuk menjadi usahawan.

Item Type:Article
Keywords:Literasi digital; Penggunaan ICT; Kecekapan kendiri; Niat keusahawanan; SmartPLS
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:15984
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Dec 2020 03:55
Last Modified:16 Dec 2020 20:51

Repository Staff Only: item control page