Perbezaan gender tekanan psikologikal dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar prasiswazah

Mohd Suhaimi Mohamad, and Rozita Ibrahim, (2018) Perbezaan gender tekanan psikologikal dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar prasiswazah. Jurnal Personalia Pelajar, 21 (1). pp. 55-66. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Individu yang sihat mental mampu mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain dan berupaya mengambil bahagian serta menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan mental seseorang sangat berkait rapat dengan tekanan psikologikal yang dihadapi dan kebolehan individu berkenaan menanganinya. Kertas ini membincangkan hasil kajian mengenai tekanan psikologikal dan kesihatan mental pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan memfokuskan kepada perbandingan di antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Kajian tinjauan ini mengambil pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen kajian yang digunakan adalah General Health Questionnaire (GHQ-12) dan Mental Health Inventory (MHI). Seramai 200 orang pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai fakulti dan kolej kediaman telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden adalah rendah tekanan psikologikalnya. Namun demikian, pelajar lelaki didapati lebih tertekan berbanding pelajar perempuan. Demikian juga dapatan MHI menunjukkan hampir kesemua responden mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi dan sederhana. Namun begitu, kesihatan mental responden perempuan didapati lebih baik berbanding lelaki. Hasil kajian yang memperincikan perbandingan antara pelajar lelaki dengan perempuan amat relevan pada masa kini yang didominasi pelajar perempuan dan pengurangan pelajar lelaki di universiti-universiti seluruh negara.

Item Type:Article
Keywords:Tekanan psikologikal; Kesihatan mental; Gender; Soal selidik kesihatan umum; Inventori kesihatan mental
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:15985
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Dec 2020 04:29
Last Modified:16 Dec 2020 20:53

Repository Staff Only: item control page